Nilai Ronaldo cecah 1 bilion pound

Nilai Ronaldo cecah 1 bilion pound

MADRID (Agensi) – Presiden Real Madrid, Florentino Perez menegaskan, Paris Saint-Germain (PSG) terpaksa melabur sejumlah wang yang besar sekiranya mahu mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo.

Real Madrid turut memaklumkan, penyerang skuad kebangsaan Portugal itu hanya akan dijual dengan nilai 1 bilion pound.

Skuad juara Ligue 1 tersebut sebelum ini dikhabarkan berminat untuk membeli pemenang dua anugerah Ballon d’Or itu pada jendela perpindahan musim panas tahun depan.

Bagaimanapun Perez berkata, PSG yang dimiliki Qatar Sport Investments tidak berpeluang untuk mendapatkan penyerang berusia 30 tahun itu melainkan jika pihaknya sudi memecahkan rekod yuran perpindahan.

Cukup mudah untuk PSG jika mereka mahu mendapatkan Ronaldo, mereka perlu bayar 1 bilion pound untuk klausa pelepasan.

Real Madrid akan menuntut yuran pelepasan pada harga sangat tinggi sekiranya kelab-kelab lain terutama PSG berminat mendapatkan khidmat Ronaldo. – AFP
Real Madrid akan menuntut yuran pelepasan pada harga sangat tinggi sekiranya kelab-kelab lain terutama PSG berminat mendapatkan khidmat Ronaldo. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA