Nilai tahap bacaan Al-Quran pelajar

Nilai tahap bacaan Al-Quran pelajar

Oleh Ampuan Irma Susanti

 

TEMBURONG, 20 Nov – Seramai 15 pelajar dari kelas Al-Quran dan Muqaddam yang berusia 12 tahun telah menyertai Pertandingan Menghafaz Ayat-ayat Lazim anjuran Pejabat Hal Ehwal Masjid Temburong dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar, Temburong, hari ini.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pada majlis yang berlangsung di Masjid Utama Mohammad Salleh itu ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Temburong, Haji Adam bin Haji Tengah. Turut hadir ialah pegawai-pegawai hal ehwal masjid Temburong.

Pertandingan ini merupakan aktiviti tahunan jabatan tersebut yang antara lain bertujuan untuk menilai tahap pembelajaran murid-murid sepanjang mengikuti sesi pembelajaran Al-Quran dan Muqaddam di masjid-masjid di samping melatih para peserta untuk berani tampil di khalayak ramai serta menggalakkan mereka meminati seni bacaan Al-Quran dari peringkat awal.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar kelas Al-Quran dan Muqaddam di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh daerah ini bersempena berakhirnya sesi pembelajaran pada tahun ini.

Haji Adam ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan Menghafaz Ayat-ayat Lazim.
Haji Adam ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan Menghafaz Ayat-ayat Lazim.

ARTIKEL YANG SAMA