Nilai tinggi di sebalik koleksi telefon vintaj

SETIAP tahun pelbagai jenis telefon yang dilengkapi dengan sistem teknologi canggih dan perisian pintar diperkenalkan kepada masyarakat di seluruh dunia bagi memudahkan rutin kehidupan.

Dengan itu, secara tidak langsung ia akan mudah menarik hati para pengguna untuk kerap menukar telefon bimbit mereka di antara tempoh setahun atau dua tahun di mana ia juga dianggap sebagai satu trend.

Terdapat beberapa aspek dan ciri keistimewaan seperti kamera, simpanan memori, hayat bateri, perisian canggih dan reka bentuk moden yang boleh mendorong seseorang untuk membeli sesebuah telefon bimbit.

Di samping itu, ada juga sesetengah individu yang begitu taksub dalam menukar telefon bimbit hanya untuk merasakan diri tidak ketinggalan dan menganggapnya sebagai satu lambang status dalam kehidupan.

Hakikatnya, terdapat beberapa telefon bimbit lama bahkan sesuatu produk telah dikeluarkan seawal tahun 1984 masih tetap disimpan dan menjadi buruan untuk dijadikan sebagai koleksi barangan berharga.

Dipetik dari laporan The Jakarta Post, beberapa koleksi telefon bimbit ini memiliki nilainya yang tersendiri dan harga pasarannya akan lebih meningkat sekiranya ia tetap berfungsi dengan baik sehingga kini.

Nokia 8110

Telefon bimbit ini memiliki reka bentuk yang menampilkan slider bagi menutup permukaan dial pad dan mula diperkenalkan kepada dunia.

Ia juga mendapat nama jolokan sebagai ‘banana phone’ berikutan daripada struktur unik dan memperlihatkan bentuk yang lengkung.

Sesuatu yang tetap terpateri dalam memori adalah apabila telefon bimbit ini turut ditampilkan dengan jelas penggunaannya dalam filem aksi blockbuster, The Matrix yang ditayangkan pada tahun 1999.

Kehadiran Nokia 8110 tersebut di dalam filem itu turut meningkatkan lagi populariti jenama telefon bimbit keluaran Finland itu di mana ia turut dianggap sebagai perintis dalam revolusi telefon bimbit.

Kini, Nokia 8110 yang masih berada dalam keadaan baik dan masih berada dalam kotak ditawarkan pada harga setinggi AS$500.

Sementara Nokia 8110 dari kategori terpakai pula ditawarkan pada harga sekitar AS$55 ke AS$200 tergantung kepada keadaan telefon tersebut.

Motorola DynaTAC

Dikenali sebagai ‘telefon bata’ berikutan daripada saiznya yang sangat besar, Motorola DynaTAC setentunya memiliki rekabentuk cukup ikonik dan tetap segar di dalam ingatan sehingga kini.

Hakikatnya, telefon ini memang memiliki sejarahnya yang tersendiri apabila ia menjadi telefon bimbit pertama dijual secara komersial.

Motorola DynaTAC merupakan telefon bimbit pertama dijual secara komersial pada tahun 1984.

DynaTAC turut ditampilkan dalam beberapa siri program televisyen seperti Saved by the Bell.

Terdapat juga beberapa versi DynaTAC telah dihasilkan termasuk DynaTAC 8000X yang menjadi telefon bimbit pertama dijual secara komersial pada tahun 1984.

Kini, harga ‘bapa’ kepada telefon bimbit ini ditawarkan pada harga setinggi AS$500 di pasaran di mana ia menyamai dengan harga telefon bimbit moden dan canggih.

Peluang untuk memiliki telefon bimbit pertama dunia ini setentunya dianggap berharga oleh penggemar koleksi gajet di mana mereka turut memandangnya sebagai satu pelaburan yang cukup berharga.

Nokia 808 Pureview

Walaupun Nokia 808 Pureview baru dikeluarkan pada tahun 2012 namun ia tetap dianggap sebagai satu koleksi gajet yang cukup berharga.

Ia adalah berikutan daripada sistem kamera yang terdapat di telefon bimbit itu yang memiliki 41 megapiksel dan sensor 1/1.2″ dalam satu kumpulan lens.

Kualiti rakaman gambar melalui telefon bimbit ini dikatakan berupaya untuk menyaingi hasil rakaman telefon bimbit terhebat pada masa ini.

Dari situ, telefon bimbit ini dianggap sebagai satu koleksi yang cukup berharga dan dijamin bakal menjadi ristaan dalam dunia teknologi pada suatu masa nanti.

Samsung SPH-N270

Turut meraih populariti selepas ditampilkan dalam filem The Matrix Reloaded yang ditayangkan pada tahun 2003, Samsung SPH-N270 merupakan salah satu telefon bimbit yang menjadi buruan koleksi gajet.

Walaupun strukturnya kelihatan kurang unggul, namun statusnya yang hanya dikeluarkan secara terhad iaitu sekitar 10,000 unit telah menjadikannya sebagai satu gajet istimewa untuk dimiliki.

Harga jualannya juga kini dikatakan telah meningkat setinggi AS$750 di mana ia merupakan sejenis gajet yang cukup bernilai tinggi.

Apple iPhone (2G)

Pada tahun 2007, Apple iPhone 2G telah mencetuskan revolusi terbaru dalam dunia gajet berikutan daripada reka bentuk yang menarik dan fungsinya selaku telefon pintar turut dianggap dapat memudahkan rutin kehidupan.

Telefon pintar ini dianggap sebagai salah satu gajet terhebat sepanjang zaman dan memang menjadi salah satu koleksi berharga bagi penggemar gajet.

Iphone 2G yang masih berada dalam kotak pernah ditawarkan pada harga ribuan dolar dan kadar terendah bagi nilai telefon pintar itu adalah AS$600.

Apple iPhone 2G keluaran tahun 2007 telah mencetuskan revolusi terbaru dalam dunia gajet berikutan daripada reka bentuk yang menarik dan fungsinya selaku telefon pintar turut dianggap dapat memudahkan rutin kehidupan.
Motorola Aura R1 dianggap sebagai Rolex dalam dunia telefon bimbit yang menggunakan bahan premium seperti keluli tahan karat dan nilam pada reka bentuknya.

Motorola Aura R1

Dianggap sebagai Rolex dalam dunia telefon bimbit, Motorola Aura R1 menggunakan bahan premium seperti keluli tahan karat dan nilam pada reka bentuknya.

Malah bentuk swivel pada telefon bimbit itu juga sangat unik dan paparan skrin yang beresolusi tinggi.

Gear yang ditampilkan pula terdiri daripada batu keluli Rockwell yang keras dan rantaian bola yang memiliki persamaan seperti yang terdapat pada kebanyakan jam tangan mewah.

Selain versi standard, telefon bimbit ini turut ditampilkan dalam versi istimewa dan terhad termasuk Aura R1 yang dihiasi dengan kilauan berlian.

Sehingga kini, telefon bimbit ini tetap menjadi buruan penggemar gajet malah nilainya juga dikatakan cukup tinggi mencecah sehingga AS$1,000.

Nokia 8800 Arte Carbon

Memiliki reka bentuk unik, dihasilkan daripada bahan premium dan sangat asli merupakan tiga ciri yang ada pada Nokia 8800 Arte Carbon.

Nokia 8800 Arte Carbon dikeluarkan pada tahun 2008 ini dihasilkan daripada bahan premium seperti keluli tahan karat, serat karbon dan titanium.

Telefon bimbit yang dikeluarkan pada tahun 2008 ini dihasilkan dari bahan premium seperti keluli tahan karat, serat karbon dan titanium.

Menariknya, dial pad pada telefon bimbit ini turut dilindungi oleh penutup yang boleh digelongsorkan.

Walaupun suatu ketika dahulu harga pasaran bagi telefon bimbit ini adalah sekitar AS$500, namun sekiranya ia masih berada dalam keadaan baik sehingga kini ada kalanya harga yang ditawarkan adalah mencecah setinggi AS$1,000. – Agensi