Nintendo henti penjualan Wii U, Switch ganti

Nintendo henti penjualan Wii U, Switch ganti

TOKYO, 11 Nov – Nintendo Co akan mengakhiri jualan konsol rumah Wii U di Jepun “tidak lama lagi”, walaupun ia tidak berkata bila, dan pengumuman yang sama dijangka keluar di rantau lain.

Wii U, yang dijual mulai akhir tahun 2012, sedang diganti oleh Switch, dijangka dijual di seluruh dunia pada Mac 2017. Nintendo berkata ia akan menunjukkannya kepada wartawan di Jepun pada 13 januari.

Pengeluar permainan video Jepun di sebalik francais Super Mario dan Pokemon telahpun menghantar mesin Wii U untuk dijual di AS sehingga Mac, kata jurucakap syarikat Kenichiro Matsuura hari ini.

Nintendo yang berpangkalan di Kyoto telah mencatat kejayaan dengan versi baru mesin FamiCom 1980, dipanggil NES Classic Edition, yang dijual pada hari ini di AS dengan harga AS$59.99.

Warga Jepun telah membelinya sejak ia dijual semalam. Lebih kecil daripada mesin asal, ia dipenuhi dengan 30 judul perisian permainan popular, seperti “Donkey Kong,” “The Legenda of Zelda” dan “Super Mario Brothers.”

Gambar fail 11 Jun 2013 menunjukkan pelawat bermain permainan video dengan menggunakan Nintendo 3DS di pameran perisian Nintendo Wii U semasa pertunjukkan permainan E3 di Los Angeles. - AP
Gambar fail 11 Jun 2013 menunjukkan pelawat bermain permainan video dengan menggunakan Nintendo 3DS di pameran perisian Nintendo Wii U semasa pertunjukkan permainan E3 di Los Angeles. – AP

Satu lagi judul popular yang dikeluarkan oleh syarikat adalah “Pokemon Go,” permainan realiti yang boleh dimainkan di telefon pintar.

Pendapatan Nintendo telah terjejas akibat jualan Wii U yang lembap, serta 3DS.

Selepas mencemuh ancaman daripada telefon pintar, Nintendo melakukan perubahan pada tahun lalu dan memasuki sektor berkenaan. Pokemon Go adalah kejayaan besar pertama untuk Nintendo sejak keputusan itu, menekankan potensi syarikat. – AP

ARTIKEL YANG SAMA