Nintendo umum presiden baru

Nintendo umum presiden baru

TOKYO, 14 Sept (AFP) – Syarikat permainan video Jepun, Nintendo berkata hari ini ia telah melantik Tatsumi Kimishima sebagai presiden barunya dua bulan selepas ketua eksekutifnya meninggal dunia akibat kanser.

Kimishima, yang menjadi ketua sumber manusia sekarang, akan menjawat jawatan presiden pada Rabu, kata syarikat dalam siaran akhbar.

Bekas pengurus bank berusia 65 tahun itu juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Ekesekutif (CEO) Nintendo Amerika di antara 2006 dan 2013.

Syarikat yang berpangkalan di Kyoto itu berkata ia telah menamakan Kimishima demi “memperkukuh dan mempertingkat pengurusannya” selepas kematian CEO Satoru Iwata.

Iwata meninggal dunia pada Julai lalu pada usia 55 tahun, beberapa bulan selepas meninggalkan dasar konsol dan melancarkan satu kempen untuk menembusi pasaran permainan telefon pintar.

Tatsumi Kimishima (tengah), presiden syarikat gergasi permainan video Jepun, Nintendo, yang baru dilantik bercakap kepada wartawan di Osaka petang kelmarin. – AFP
Tatsumi Kimishima (tengah), presiden syarikat gergasi permainan video Jepun, Nintendo, yang baru dilantik bercakap kepada wartawan di Osaka petang kelmarin. – AFP

Seorang tokoh terkemuka dalam industri permainan video, Iwata menyelia kejayaan konsol permainan Wii Nintendo dan pertambahan dalam pendapatan sebelum permainan telefon pintar mulai menghakis kejayaannya.

Iwata tahun lalu mengumumkan beliau tidak sihat dan tidak hadir mesyuarat pemegang saham firma pada Jun 2014, walaupun keseriusan penyakitnya adalah tidak jelas pada masa itu.

Beliau kembali bekerja pada bulan-bulan berikutnya, dan terus menjadi wajah umum Nintendo, termasuk apabila syarikat mengumumkan keputusan kewangan pada Mei.

ARTIKEL YANG SAMA