Nishikori balas dendam

Nishikori balas dendam

WASHINGTON, 9 Ogos (AFP) – Kei Nishikori dari Jepun membalas kekalahannya kepada Marin Cilic dalam final Terbuka AS tahun lepas, dengan menewaskan pemain dari Croatia itu 3-6, 6-1, 6-4 semalam untuk mara ke final ATP dan Terbuka WTA Washington.

Pemain nombor satu Asia berusia 25 tahun itu bergelut untuk mengetepikan juara Terbuka AS dan mara ke pertandingan merebut gelaran hari ini menentang pilihan kelapan AS, John Isner, yang mencatatkan 31 aces dan menyelamatkan tiga mata penamat untuk menewaskan Steve Johnson dari AS 6-3, 3-6, 7-6 (11/9).

Nishikori ranking kelima memperbaiki kedudukan kepada 6-3 ke atas Cilic dalam pertemuan pertama mereka sejak terlepas peluang untuk menjadi lelaki Asia pertama memenangi gelaran Grand Slam apabila tewas pada Flushing Meadows tahun lepas.

“Menarik untuk membalas dendam,” kata Nishikori. “Hari ini, saya bermain lebih baik menentang Cilic. Adalah penting untuk beraksi dengan baik. Saya berharap akan meneruskannya.”

Isner menewaskan Nishikori empat bulan lalu dalam suku akhir Miami dalam satu–satunya pertemuan mereka. “Segala-galanya satu kejutan bagi saya pada hari itu,” kata Isner. “Saya beraksi dengan begitu baik. Ia pertandingan terbaik saya tahun ini. Saya perlu membawanya lagi esok.”

Kei Nishikori mengembalikan pukulan kepada Marin Cilic dalam pertemuan separuh akhir di Pusat Tenis Rock Creek Park di Washington, DC semalam. – AFP
Kei Nishikori mengembalikan pukulan kepada Marin Cilic dalam pertemuan separuh akhir di Pusat Tenis Rock Creek Park di Washington, DC semalam. – AFP

Isner yang memburu gelaran ATP ke-11 selepas kemenangan minggu lalu di Atlanta sementara Nishikori memburu gelaran kerjaya ke-10 selepas mahkota di Memphis dan Barcelona tahun ini.

“Ia kemenangan hebat bagi saya,” kata Nishikori. “Pada keseluruhannya, saya beraksi dengan baik, terlalu agresif. Dua set terakhir saya merasa gembira dengan tenis saya.”

Biarpun tewas, Cilic ranking kelapan merasakan minggu itu dalam permulaan sukar dalam laluan bagi mempertahankan mahkota Terbuka AS.

“Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan cara saya beraksi,” kata Cilic. “Jelas ia memberikan saya beberapa pandangan apa yang perlu saya fokus pada hari dan minggu seterusnya. Dalam pertandingan saya seterusnya, saya akan mencuba dan fokus lebih kepada servis untuk lebih tajam.”