Nishikori berhempas pulas

Nishikori berhempas pulas

LONDON, 30 Jun (AFP) – Pilihan kelima dari Jepun Kei Nishikori mengatasi kecederaan kaki untuk mara ke pusingan kedua Wimbledon semalam dengan kemenangan lima set ke atas Simone Bolelli dari Itali.

Nishikori yang terpaksa membalut kaki kirinya pada set akhir, mencatatkan kemenangan ke atas pemain nombor 56 dunia dengan 6-3, 6-7 (4/7), 6-2, 3-6, 6-3 di Court One dalam masa tiga jam 22 minit.

“Saya merasa gembira memenangi pertandingan hari ini. Saya tahu dia seorang pemain yang kuat di atas gelanggang rumput. Saya merasa sedikit sakit berbanding minggu lalu tetapi ia semakin baik.

“Bukanlah mudah untuk beraksi selama tiga jam tetapi saya seharusnya bersedia untuk aksi seterusnya,” kata pemain dari Jepun itu sebelum bercakap mengenai kakinya yang sakit.

Dia akan menghadapi Santiago Giraldo dari Colombia esok untuk menempah tempat dalam 32 pemain terakhir. Nishikori menarik diri daripada separuh akhir pertandingan pemanasan di gelanggang rumput Halle, akibat kecederaan kaki ketika mengekori Andreas Seppi 4-1.

Nishikori mengembalikan pukulan semasa menentang Simone Bolelli. - Reuters
Nishikori mengembalikan pukulan semasa menentang Simone Bolelli. – Reuters

Pertandingan pusingan pertama Wimbledon adalah mengenai sejarah yang berulang bagi Nishikori dan Bolelli yang bertemu di All England Club tahun lepas, dengan pemain dari Jepun itu menang lima set.

Persaingan itu memberikan Nishikori tempat dalam pusingan keempat dan kedudukan yang lebih jauh di Wimbledon.

Dia mara ke suku akhir Terbuka Australia dan Perancis tahun ini dan melakukannya sekali lagi di Wimbledon akan meningkatkan pencapaiannya di All England Club dari lepas.

Nishikori yang akan menjadi pemain lelaki Asia pertama untuk bersaing dalam Grand Slam di Terbuka AS tahun lepas, memiliki rekod baik dalam pertandingan lima set, dengan kemenangan terbarunya ke atas Bolelli memberikannya rekod 12 daripada 15 kemenangan.

Pemain berusia 25 tahun itu adalah salah seorang daripada empat warga Jepun yang memulakan persaingan terbanyak di Wimbledon sejak 1973.

ARTIKEL YANG SAMA