Nishikori, Cilic mara ke suku akhir

Nishikori, Cilic mara ke suku akhir

WASHINGTON, 7 Ogos (AFP) – Juara Terbuka AS Marin Cilic dan naib juara Terbuka AS 2014, Kei Nishikori mara ke suku akhir Terbuka ATP dan WTA Washington dengan kemenangan straight set semalam.

Pilihan kedua Jepun, Nishikori, pemain ranking tertinggi dalam persaingan itu selepas Andy Murray dari Britain tersingkir pada aksi pembukaan, tidak pernah menghadapi break point untuk mengecewakan Leonardo Mayer dari Argentina 6-4, 6-4 selepas 92 minit.

Cilic, pilihan ketiga dari Croatia yang menghadapi kemungkinan pertandingan timbal balik bersama Nishikori dalam separuh akhir, mengetepikan pemain ranking ke-32 dari AS, Sam Querrey 7-6 (7/2), 7-6 (7/3) dalam pertandingan pemanasan gelanggang keras Terbuka AS.

Pilihan keempat Perancis Richard Gasquet mara ke separuh akhir Wimbledon, dikecewakan oleh pemain ranking ke-37 dari AS, Jack Sock 6-7 (4/7), 7-6 (7/5), 6-4 selepas dua jam 33 minit.

Pilihan utama wanita, Ekaterina Makarova dari Rusia juga mara ke peringkat lapan pemain terakhir dengan menewaskan Naomi Borady dari Britain 6-4, 7-6 (7/2). Dia seterusnya akan menentang pilihan keenam dari Romania, Irina-Camelia Begu.

Nishikori yang memburu gelaran ketiga tahun ini selepas Memphis dan Barcelona dan ke-10 sepanjang kerjayanya, mendiamkan spekulasi di Jepun dia mungkin menjadi seorang ayah dengan berkat: “Saya berharap satu hari nanti, tetapi sekarang belum lagi.”

Pemain ranking kelima dari Jepun itu menewaskan Mayer dengan kedudukan 4-3 dan dua lagi untuk memenangi set pertama dalam tempoh 59 minit, kemudian terjejas sekali lagi pada dua permainan terakhir apabila pemain dari Amerika Selatan itu menghasilkan voli selepas menyelamatkan dua lagi break point.

ARTIKEL YANG SAMA