Nishikori harapan Asia di Roland Garros

Nishikori harapan Asia di Roland Garros

PARIS, 1 Jun (Reuters) – Pemain Tenis harapan Asia dari Jepun Kei Nishikori berjaya mara ke peringkat suku akhir di kejohanan Terbuka Perancis dengan kemenangan 6-3, 6-4, 6-2 ke atas pemain buka pilihan dari Rusia Teymuraz Gabashvili hari Ahad.

Pemain pilihan dunia kelima itu belum bermain sejak Rabu lalu di pusingan kedua apabila lawannya dari Jerman Benjamin Becker menarik diri akibat kecederaan.

Akan tetapi naib johan Piala Terbuka Amerika itu kelihatan terburu-buru untuk beraksi lagi, bermain secara mantap di gelanggang tanah liat yang lembap dan perlahan mengatasi lawannya Gabashvilli.

Nishikori mara ke peringkat suku akhir buat pertama kalinya dan akan menentang sama ada pemain pilihan keempat dari Republik Czech Tomas Berdyh atau pemain Perancis Jo Wilfred Tsonga.

Nishikori meneruskan cabaran ke peringkat suku akhir di Kejohanan Terbuka Perancis. – AFP
Nishikori meneruskan cabaran ke peringkat suku akhir di Kejohanan Terbuka Perancis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA