Nishikori juara Terbuka Washington

Nishikori juara Terbuka Washington

WASHINGTON, 10 Ogos (AFP) – Bintang tenis Jepun, Kei Nishikori dikerah bermain tiga set sebelum mengetepikan pemain Amerika Syarikat, John Isner 4-6, 6-4, 6-4 sekali gus menjuarai Tenis Terbuka Washington, semalam.

Pemain berusia 25 tahun itu memenangi kejuaraan ATP ketiganya musim ini dan yang ke-10 sepanjang kariernya. Sebelum ini, pemain tenis Asia nombor satu itu mempertahankan kejuaraannya di Memphis dan Barcelona.

Berikutan kemenangan itu, Nishikori membawa pulang wang hadiah AS$343,000 pada kejohanan pemanas badan sebelum bermulanya Terbuka Amerika Syarikat tiga minggu lagi.

Nishikori muncul naib juara Terbuka AS tahun lalu apabila tewas kepada Cilic. Dia menewaskan pemain Serbia itu pada separuh akhir di Washington, iaitu pertembungan pertama kali selepas final di New York tahun lalu.

Isner, yang memenangi suku akhir dengan Nishikori di Miami April lalu, terlepas peluang untuk menjulang mahkota kerjaya ATP ke-11 selepas memenangi gelaran Atlanta ketiga berturut-turut minggu lalu.

Nishikori bergambar dengan trofi selepas menewaskan Isner untuk mengungguli Terbuka Washington semalam. – AFP
Nishikori bergambar dengan trofi selepas menewaskan Isner untuk mengungguli Terbuka Washington semalam. – AFP

Beliau yang mendapat 18 ace semasa menentang Nishikori, melonjak dari ranking ke-18 hingga ke-12 dalam kedudukan semalam.

Ia adalah kekalahan ketiga Isner pada final Washington selepas tewas kepada Andy Roddick pada 2007 dan Juan Martin Del Potro pada 2013. Beliau hanya mematahkan break set pertama dalam permainan terakhir.

Nishikori pula menggunakan pukulan forehand untuk mematahkan dua peluang break tetapi Isner hanya memerlukan satu terima kasih kepada pengembalian pukulan forehand yang kencang.

Nishikori menjawab dengan membuka set kedua dengan break sementara Isner pukulan forehand Isner tersasar pada mata penentuan dan kemudian menahan lima servis untuk memaksa permainan dihereta kepada set ketiga.