Nishikori kejutkan Murray

Nishikori kejutkan Murray

NEW YORK, 8 Sept – Kei Nishikori mengejutkan Andy Murray untuk mara ke separuh akhir Terbuka AS dengan rasa gentarnya dalam set terakhir untuk mencatatkan dua kemenangan dalam laluan menjadi pemain Asia pertama memenangi gelaran perseorangan Grand Slam.

Bintang Jepun itu mencatatkan kemenangan menerusi kebangkitan 1-6, 6-4, 4-6, 6-1, 7-5 di bawah empat jam menentang pemenang Wimbledon dan Olimoik dan juara Terbuka AS 2012.

Dalam persaingan separuh akhir esok, pemain berusia 26 tahun itu akan menentang pilihan ketiga dari Switzerland Wawrinka yang menewaskan Juan Martin del Porto, juara 2009, 7-6 (7/5), 4-6, 6-3, 6-2.

Wawrinka, yang perlu menyelamatkan mata penamat dalam pertembungan pusingan ketiga bersama Dan Evans, akan beraksi pada separuh akhir Terbuka AS ketiga dalam tempoh empat tahun.

Persaingan separuh akhir lain esok akan menyaksikan juara bertahan Novak Djokovic menentang Gael Monflis pilihan ke-10 dari Perancis.

Nishikori meraikan kejayaan selepas menumpaskan Murray pada suku akhir Terbuka AS kelmarin. – AP
Nishikori meraikan kejayaan selepas menumpaskan Murray pada suku akhir Terbuka AS kelmarin. – AP

Dalam perlawanan yang menyaksikan 17 break dicatatkan, Nishikori mengatasi bagi kemenangan keduanya dalam sembilan perlawanan menentang pemain nombor dua dunia, Murray. Kemenangannya hadir hanya tiga minggu selepas tewas kepada Murray dalam separuh akhir Olimpik.

Murray dilihat mengawal permainan pada dua set berbanding satu dan mendapatkan break point pada permainan ketiga pada set keempat apabila bunyi kuat daripada sistem bunyi tidak berfungsi di stadium Arthur Ashe.

Pengadil Marija Cicak mengarahkan mata tersebut dimainkan semula yang menjadi gangguan kepada pemain dari Britain itu yang kehilangan kawalan dan lima permainan seterusnya Nishikro menyamakan kedudukan. Murray enggan menyalahkan insiden tersebut di atas kekalahannya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA