Nishikori langkah kanan di Terbuka Tokyo

Nishikori langkah kanan di Terbuka Tokyo

TOKYO, 4 Okt – Pilihan utama Kei Nishikori bangkit daripada permulaan yang tegang untuk mengalahkan pemain Amerika Donald Young 4-6, 6-2, 6-2 dalam perlawanan pembukaan di Terbuka Jepun Isnin lalu.

Pemain jepun nombor lima dunia itu, mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat bulan lalu, kelihatan begitu tidak baik ketika bersaing dengan pemain yang hanya mendapat panggilan untuk bermain di Tokyo selepas pemain Sepanyol, Nicolas Almagro menarik diri disebabkan sakit.

“Saya tidak cukup agresif dalam set pertama dan telah hilang banyak,” Nishikori memberitahu kepada pemberita.

“Dia kelihatan begitu banyak melakukan serangan tetapi mula perlahan pada set kedua dan saya mula mencari kekuatan untuk terus berjuang.”

Aksi Nishikori ketika menentang Donald Yound semasa pusingan pertama perlawanan tenis Terbuka Jepun di Tokyo. – AP
Aksi Nishikori ketika menentang Donald Yound semasa pusingan pertama perlawanan tenis Terbuka Jepun di Tokyo. – AP

Nishikori, yang menjuarai Terbuka Jepun pada tahun 2012 dan 2014, adalah kegemaran ramai untuk menyandang gelaran Tokyo ketiga selepas Pemenang dan juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat Stan Wawrinka menarik diri akibat kecederaan belakang.

Terdahulu pada Isnin, pilihan keempat Marin Cilic juga berusaha keras pada permulaannya sebelum menewaskan pemian Perancis Benoit paire 6-0, 4-6, 6-3.

Dalam perlawanan lain, pemain Portugal, Joao Sousa menewaskan Martin Klizan Slovakia 4-6, 6-3, 6-3 manakala pemain Sepanyol, Fernando Verdasco menewaskan veteran Jepun Go Soeda 6-7, 6-3, 6-3. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA