Nishikori mara ke final, bertemu pemain muda

Nishikori mara ke final, bertemu pemain muda

WASHINGTON, 14 Feb – Juara bertahan tiga kali, Kei Nishikori mara ke pertandingan akhir ATP Memphis semalam setelah menewaskan pilihan keempat dari AS, Sam Querrey, yang akan menyaksikan pertemuan perebutan gelaran bersama pemain remaja, Taylor Fritz.

Pilihan utama, Nishikori terpaksa bekerja keras untuk menewaskan Querrey, 3-6, 6-3, 6-3 bagi kejayaan ke-16 berturut–turut Memphis dalam tempoh empat tahun sementara Firtz, pemain wildcard dari AS, 18, adalah pertandingan ketiganya dalam peringkat jelajah, setelah berjaya menewaskan Ricardas Berankis dari Lithuania, 2-6, 6-3, 6-4.

Fritz mencatatkan 17 aces untuk menjadi pemain dari AS termuda dalam ATP sejak Michael Chang, 17, mencatatkan kemenangan di Wembley pada 1989.

Dan dia memecahkan rekod AS bagi pertandingan peringkat jelajah untuk diperlukan mara ke final, 10 perlawanan yang dicatatkan oleh Jimmy Connors dan Andy Roddick.

Selepas memulakan minggu 1-2 dalam ATP, Fritz ranking ke-145 memenangi empat pertandingan dan akan memasuki kedudukan 100 teratas dengan menjulang gelaran.

“Ia dirasakan luar biasa,” kata Fritz. “Ia gila empat pertandingan tenis boleh dicapai. Saya berasa gembira.”

Pilihan ketujuh, Nishikori menewaskan Querrey bagi pertemuan keempat berturut–turut, memperbaiki kepada 5-3 dalam persaingan mereka dengan menyingkirkannya dalam separuh akhir seperti yang dilakukannya pada tahun lepas. – AFP