Nishikori mara ke pusingan kedua

Nishikori mara ke pusingan kedua

HALLE WESTFALEN, Jerman, 14 Jun (AFP) – Bintang Jepun Kei Nishikori memerlukan hampir dua jam untuk menewaskan pesaing Perancis, Lucas Pouille di pusingan pertama Terbuka Halle, awal pagi tadi.

Pemain pilihan kedua yang berusia 26 tahun itu melepaskan set pertama kepada lawannya sebelum menang 6-7 (5/7), 6-1, 6-4 dalam 1 jam 51 minit.

Dia akan bermain sama ada Brian Baker dari Amerika atau Florian Mayer dari Jerman pada pusingan kedua.

Perlawanan Nishikori merupakan satu-satunya perlawanan daripada empat perlawanan yang dapat dihabiskan di gelanggang rumput itu pagi tadi.

Dan pemain yang pernah mara dua kali di separuh akhir Halle itu berkata dia berasa selesa di Jerman.

Nishikori ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AP
Nishikori ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AP

“Saya berasa seperti di tempat sendiri di sini… Suasana begitu mudah dan selesa,” ujar Nishikori.

Pemain pilihan kelima David Goffin dari Belgium perlu bekerja keras sebelum menewaskan Borna Coric 7-6 (7/5). 6-7 (7/3), 6-4.

Sementara itu, pilihan utama Roger Federer, yang memenangi rekod lapan kali pada acara itu, termasuk tiga kejohanan lepas, tidak akan bermula sehingga esok berdepan pemain wildcard Jan-Lennard Struff.

Pemain pilihan ketiga Dominic Thiem masih berada di Stuttgart selepas memenangi gelaran di sana apabila menewaskan Philipp Kohlschreiber dan akan memulakan kempennya menentang Joao Sousa dari Portugal esok.