Nishikori mara ke pusingan kedua

Nishikori mara ke pusingan kedua

NEW YORK, 31 Ogos – Kei Nishikori, gembira untuk kembali ke gelanggang permukaan keras New York di mana dia menjadi finalis Grand Slam pertama dari Asia, yang mara ke pusingan kedua Terbuka AS semalam.

Pilihan keenam dari Jepun itu, yang tewas kepada Marin Cilic dalam persaingan akhir 2014, mengetepikan pesaingnya Benjamin Becker dari Jerman, dengan kemenangan 6-1, 6-1, 3-6, 6-3 di gelanggang Grandstand yang baru dalam masa catatan dua jam 10 minit.

Nishikori dalam laluan bagi kemenangan pantas apabila memenangi dua set pertama dalam masa 49 minit. Tetapi kedudukan kemudian saemakin sukar menentang Becker yang berada di ranking ke 96.

“Apabila dia dalam keadaan bersedia dia boleh menjadi pemain agresif dan melakukan serangan dengan baik. Dia selalu menjadi pemain yang merbahaya.”

Nishikori, akhirnya mendapatkan rehat yang diperlukannya bagi pendahuluan 5-3 pada set keempat dan memenanginya dengan diselangi oleh ace ketujuhnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA