Nishikori mara ke pusingan kedua

Nishikori mara ke pusingan kedua

MELBOURNE, 18 Jan – Bintang tenis Jepun, Kei Nishikori menyingkirkan pemain Jerman, Philipp Kohlschreiber dengan keputusan straight set di pusingan pertama Terbuka Australia, hari ini, sekali gus muncul pemain pilihan pertama layak ke pusingan kedua.

Pilihan ketujuh kejohanan itu merakam kemenangan 6-4, 6-3, 6-3 dalam tempoh sejam 55 minit di Arena Hisense bagi mengatasi halangan pertama kejohanan Grand Slam pertama tahun ini.

Nishikori yang gagal untuk melepasi peringkat suku akhir dalam tujuh penampilannya di Melbourne mematikan servis pemain ranking ke-34 dunia itu sebanyak empat kali dan tidak melepaskan sebarang mata break.

Finalis Terbuka Amerika Syarikat 2014 itu jelas mendominasi perlawanan di gelanggang keras itu dengan melakukan 35 pukulan mata selain hanya melakukan 21 kesilapan.

Nishikori dan para pemain lain terpaksa menghadapi cuaca panas di kejohanan Terbuka Australia. - Reu-ters
Nishikori dan para pemain lain terpaksa menghadapi cuaca panas di kejohanan Terbuka Australia. – Reu-ters

Dalam acara wanita, juara Wimbledon dua kali yang juga pilihan keenam, Petra Kvitova tidak menunjukkan sebarang tanda kurang sihat ketika mengatasi pemain kelayakan Thailand, Luksika Kumkhum di pusingan pertama.

Pemain kelahiran Republik Czech itu berdepan kesakitan di bahagian perutnya pada awal tahun ini yang memaksanya tidak beraksi di Terbuka Shenzhen dan Terbuka Sydney di mana dia adalah penyandang juara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA