Nishikori mula tunjuk bakat

Nishikori mula tunjuk bakat

LONDON, 18 Nov (Reuters) – Kei Nishikori mengetepikan hari pembukaan yang dikuasai Novak Djokovic untuk menewaskan Tomas Berdych 7-5, 3-6, 6-3 dalam pertandingan terbaiknya pada ATP World Tour Finals semalam.

Pemain nombor lapan dunia dari Jepun itu dilihat bermasalah apabila menghadapi break point pada kedudukan 3-3 dalam set penentuan tetapi menamatkan dengan pantas untuk mencatatkan kemenangan pertama di Stand Smith Group.

“Saya bernasib baik dalam beberapa pertandingan tetapi saya bekerja keras hari ini,” kata pemain itu, 25, yang mara ke separuh akhir dalam kemunculannya bagi pertandingan itu musim lalu di gelanggang.

Persaingan yang penuh dengan rali di garisan dengan naik dan turun.

Pemain nombor enam dunia, Berdych, yang dikalahkan oleh Roger Federer dalam pertandingan pembukaannya, mensia-siakan peluang besar dalam set pertama apabila Nishikori melakukan servis pada 4-5, 15-30, terlepas peluang dengan pukulan backhand untuk menamatkannya.

Nishikori ketika beraksi menentang Tomas Berdych. – AFP
Nishikori ketika beraksi menentang Tomas Berdych. – AFP

Ia membuktikan sukar ketika Berdych melepaskan servis pada mainan seterusnya dan Nishikori memenangi set dengan pukulan forehand yang menewaskan pemain dari Czech itu.

Nishikori mendahului 2-0 pada set kedua tetapi Berdych melakukan dengan lancar dari lima pertandingan berturut–turut dengan beberapa pukulan kencang untuk menukar permainan dan mengheretnya ke set penentuan yang pertama setakat ini dalam perseorangan tahun ini pada 02 Arena.

Set ketiga mencapai kemuncak pada kedudukan 3-3 apabila pukulan ke jaring memberikan Berdych break point, tetapi Nishikori menunjukkan kemahiran bertahan untuk menghalang pukulan–pukulan kencang dari pesaing Czech itu dan mendahului dengan 4-3.

Dua kesilapan pukulan forehand dari Berdych membolehkan Nishikori untuk mendahului kedudukan 5-3 dan pemain dari Jepun itu mencatatkan kemenangan.