Nishikori mulai kempen 2016

Nishikori mulai kempen 2016

BRISBANE, Australia, 6 Jan (Agensi) – Pilihan kedua, Kei Nishikori mara ke suku akhir pertandingan Brisbane International dengan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas Mikhail Kukushkin hari ini dalam pertandingan pertamanya di Australia menjelang persaingan pertama musim ini.

Nishikori mengalami break lebih awal tetapi mendominasi pertandingan pusingan kedua untuk memperbaiki kepada 4-0 dalam pertemuan bersama Kukushkin.

Dia berazam untuk mara ke separuh akhir bagi pertandingan pembukaan musim ini bagi tahun keempat berturut-turut dengan kemenangan ke atas sama ada Bernard Tomic atau Radek Stepanek dalam pertandingan seterusnya.

Pilihan kelapan, Dominic Thiem mara ke suku akhir dengan kemenangan 6-3, 6-2 ke atas Denis Kudla.

Dalam undian wanita sudah kehilangan juara bertahan, Maria Sharapova dan pilihan utama, Simona Halep, yang keduanya menarik diri kerana kecederaan, pilihan keempat, Angelique Kerber dan rakan senegara dari Jerman, Andrea Petkovic mara ke suku akhir dengan kemenangan straight set.

Kerber menewaskan Madison Brengle 6-3, 6-0 untuk bertemu Anastasia Pavlyuchenkova, sementara Petkovic mencatatkan kemenangan 7-5, 6-4 ke atas Ekaterina Makarova untuk mara ke suku akhir menentang pemain kelayakan dari AS, Samantha Crawford, yang mencatatkan kemenangan 7-5, 7-5 ke atas pilihan ketujuh, Belinda Bencic.

Dalam persaingan ASB Classic di Auckland, New Zealand, pemain kelayakan dari Austria, Tamira Paszek meneruskan persaingan kuatnya dengan menewaskan juara grand slam dua kali, Svetlana Kuznetsova untuk menyusul kemenangan ke atas bekas juara Terbuka Perancis, Francesca Schiavone pada pusingan pertama.

Kemenangan Paszek, 6-2, 6-3 ke atas pilihan keempat, Kuznetsova menjejaskan pertandingan Auckland bagi satu lagi undian selepas dua pilihan utama, juara bertahan Venus Williams dan Ana Ivanovic, dikalahkan pada pusingan pertama.

Bekas pemain no.1 dan pilihan ketiga, Caroline Wozniacki adalah pemain utama yang masih dalam persaingan itu.

ARTIKEL YANG SAMA