Nishikori pertahan Terbuka Memphis

Nishikori pertahan Terbuka Memphis

WASHINGTON, 15 Feb – Pemain ranking ketujuh dunia, Kei Nishikori menjulang kejuaraan keempat berturut-turut ATP Terbuka Memphis apabila menewaskan pemain ‘wild card’ Amerika Syarikat berusia 18 tahun Taylor Fritz 6-4, 6-4 pada final sebentar tadi.

Kejuaraan yang diraih Nishikori yang juga pilihan pertama itu adalah yang ke-11 dalam kariernya dan ia kemenangan ke-17 berturut-turut dalam aksi di Memphis.

Bintang Jepun itu menyertai Roger Federer, Novak Djokovic dan Rafael Nadal memenangi kejuaraan sama empat kali berturut-turut.

“Ia menakjubkan,” kata Nishikori yang menerima trofi berbentuk gitar.

“Ia sangat menyeronokkan di gelanggang. Ia sesuatu yang baharu dan tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Saya sangat gembira.”

Nishikori ketika menjulang piala ATP Terbuka Memphis yang berbentuk sebuah gitar. – AFP
Nishikori ketika menjulang piala ATP Terbuka Memphis yang berbentuk sebuah gitar. – AFP

Bagaimanapun kejayaan Fritz menyaksikannya menjadi pemain termuda Amerika yang beraksi pada pentas final ATP sejak Michael Chang yang berusia 17 tahun memenangi kejuaraan di Wembley pada 1989.

“Ia minggu yang hebat buat saya,” kata Fritz. “Memenangi kejohanan empat kali berturut-turut, ia luar biasa. Ia sangat sukar untuk saya hari ini.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA