Nishikori tarik diri

Nishikori tarik diri

TOKYO, 6 Okt – Pilihan utama Kei Nishikori menarik diri daripada Terbuka Jepun semalam akibat mengalami kecederaan otot punggung, mengecewakan penyokong tuan rumah dan harapannya untuk memenangi semula trofi.

Pemain No.5 dunia itu merupakan bintang terbaru yang menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan, selepas juara Terbuka Amerika Syarikat dan juara bertahan, Stan Wawrinka menarik diri kerana kecederaan belakang.

Nishikori menarik diri pada set pertama perlawanan pusingan kedua menentang pemain Portugal, Joao Sousa, pemain no. 34 dunia.

Melangkah ke dalam perlawanan itu, Nishikori kelihatan beraksi dengan selesa dan mendahului 3-0 menewaskan lawannya.

Namun pemain berusia 26 tahun itu meminta masa rawatan, meminta jurulatih beliau untuk mengurut bahagian kiri belakangnya.

Nishikori melambai ke arah penonton selepas menarik diri dari Terbuka Jepun, kelmarin. – AFP
Nishikori melambai ke arah penonton selepas menarik diri dari Terbuka Jepun, kelmarin. – AFP

Meneruskan perlawanan, aksi Nishikori jelas berbeza, walaupun beliau berjaya kekal mendahului perlawanan dengan kedudukan 4-0 sebelum beliau berputus asa.

Sousa pula mula beraksi dengan mengejar kedudukan dan menjadikannya 4-3, sementara itu, Nishikori terpaksa menarik diri 41 minit selepas perlawanan.

Bintang Jepun, pemenang gelaran pada tahun 2012 dan 2014, menyuarakan ketidakpercayaannya terhadap keputusan yang diambilnya dalam penarikannya dalam perlawanan tersebut.

“Sehingga satu saat yang lalu, saya berasa benar-benar baik dan menjadikan kedudukan 3-0” sebelum ia merosot, katanya pada sidang media selepas perlawanan.

“Saya masih tidak boleh percaya apa yang berlaku.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA