Nishikori tarik diri

Nishikori tarik diri

Kei Nishikori of Japan, wearing strapping on his calf, stumbles as he stretches for a shot during his match against Simone Bolelli of Italy at the Wimbledon Tennis Championships in LondonWIMBLEDON, 2 Julai (Agensi) – Pilihan kelima, Kei Nishikori menarik diri daripada Kejohanan Wimbledon di sini, selepas mengalami kecederaan betis.

Pemain Jepun itu dijadual bertemu pemain Colombia, Santiago Giraldo di Centre Court pada pusingan kedua, sebelum lawannya itu diumum menang tanpa bertanding.

Nishikori sebelum itu menundukkan Simone Bolelli dalam lima set pada pusingan pertama.

“Saya ingat tiada masalah, namun pada set kelima saya berasakan sangat sakit dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan aksi,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Nishikori tewas pada final Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu kepada Marin Cilic.

Sementara itu, penyandang juara, Novak Djokovic menang mudah ke atas pemain Finland, Jarkko Nieminen, 6-4 6-2 6-3, untuk bertemu pilihan ke-27 dari Australia, Bernard Tomic pada pusingan seterusnya.

Juara Terbuka Perancis, Stan Wawrinka turut mara selepas melepasi cabaran Victor Estrella Burgos dengan keputusan, 6-4 6-4 7-5.

ARTIKEL YANG SAMA