Nishikori tebus kekalahan lepas

Nishikori tebus kekalahan lepas

LONDON, 15 Nov – Kei Nishikori menebus kekalahannya pada Terbuka AS kepada Stan Wawrinka apabila bintang Jepun itu menang selesa ke atas pemain nombor tiga dunia dengan keputusan 6-2, 6-3 pada perlawanan pembukaannya di Jelajah Akhir ATP, semalam.

Nishikori dihalang daripada meraih tempat ke perlawanan akhir Grand Slam keduanya September lepas apabila Wawrinka menewaskannya pada separuh akhir Terbuka AS dan pemain nombor lima dunia itu membalasnya dengan aksi penguasaan yang begitu baik Arena O2 London.

Meskipun ditempatkan pada kumpulan yang begitu mencabar termasuk pemain nombor satu Andy Murray dan bekas juara Terbuka AS Marin Cilic, Nishikori berharap akan mampu mara ke peringkat akhir di mana sebelum ini pencapaiannya terbaiknya adalah empat pemain terakhir pada 2014.

“Saya begitu kukuh dari permainan pertama dan begitu yakin. Ia bukan begitu mudah menentang Stan kerana dia memukul bola dengan bermacam-macam pukulan, namun saya bermain begitu baik hari ini,” ujar Nishikori.

Nishikori menebus balik kekalahan lepas apabila menang straight set ke atas Wawrinka pada perlawanan pembukaannya di Jelajah Akhir ATP. – AFP
Nishikori menebus balik kekalahan lepas apabila menang straight set ke atas Wawrinka pada perlawanan pembukaannya di Jelajah Akhir ATP. – AFP

Nishikori yang berpangkalan di Florida juga mempunyai harapan untuk memintas Wawrinka dalam perlumbaan untuk menamatkan di tangga ketiga dalam ranking ATP dan kemenangan tersebut mendekatkan peluangnya.

“Itulah matlamat saya minggu ini, untuk memenangi perlawanan dan mencapai nombor tiga. Saya nampak peluang untuk menaiki ranking dan saya juga bermain dengan baik jadi berharap akan meneruskannya,” ujar Nishikori.

Wawrinka telah mencapai separuh akhir Jelajah Akhir buat tiga tahun kebelakangan dan mempunyai rekod kalah menang 4-2 dalam kariernya menentang Nishikori.

Namun dia bukan lawan pemain berusia 26 tahun itu semalam, yang begitu bersemangat untuk menebus kekalahannya di New York, satu-satunya tempat di meneruskan kemaraan pada saingan kejohanan utama pada 2014. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA