Nishikori terkeluar saingan di Mexico

Nishikori terkeluar saingan di Mexico

MEXICO CITY, 26 Feb (AFP) – Pemain Jepun, Kei Nishikori yang hadir selaku juara di Memphis kira-kira dua minggu lalu dikejutkan apabila tersingkir dari saingan Abierto Mexicano Telcel selepas tunduk kepada Sam Querrey 6-4, 6-3.

Querrey mara ke suku akhir buat kali ketiga berturut-turut dalam aksi Jelajah ATP dan dijadualkan bertemu pemain muda Amerika Syarikat, Taylor Fritz.

Keputusan itu juga adalah kali pertama Nishikori gagal mara ke suku akhir dalam empat kejohanan yang disertainya musim ini.

ARTIKEL YANG SAMA