Nishkori melangkah suku akhir Terbuka AS

Nishkori melangkah suku akhir Terbuka AS

NEW YORK, 6 Sept – Bintang tenis Jepun, Kei Nishikori mengatasi cabaran pemain tinggi lampai Croatia, Ivo Karlovic apabila melakar kemenangan straight set sekali gus melangkah ke saingan suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pilihan keenam itu yang muncul naib juara Terbuka AS, dua tahun lalu menewaskan Karlovic 6-3 6-4 7-6(4) di Stadium Louis Armstrong yang akan digantikan dengan stadium baharu dilengkapi bumbung untuk edisi 2018.

“Ia bukan sesuatu yang mudah untuk menewaskan pemain seperti Ivo, dia mempunyai pukulan servis yang hebat. Saya berjaya mengembalikan servis pertama dan kedua, jadi saya gembira dengan permainan saya hari ini (awal pagi tadi),” kata Nishikori. Nishikori akan menentang pemenang perlawanan antara pilihan kedua, Andy Murray dengan Grigor Dimitrov dalam perebutan tempat ke separuh akhir. – AFP

Kei Nishikori ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AFP
Kei Nishikori ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AFP