Nissan akan tawar kemudahan Internet, teknologi keselamatan

Nissan akan tawar kemudahan Internet, teknologi keselamatan

YOKOHAMA, Jepun, 29 Nov – Nissan akan menawarkan kemudahan Internet, teknologi keselamatan dan pelbagai opsyen aksesori yang digelar oleh pengeluar kereta Jepun ‘hiper-personalisasi’, bukan sahaja dalam model baru tetapi juga untuk kenderaan yang sudah pun dimiliki.

Ia bermakna lebih banyak kemudahan yang akan disediakan untuk muzik atau warna tempat duduk pilihan anda.

Kemajuan dalam percetakan 3-D, misalnya, akan membolehkan pelbagai jenis reka bentuk untuk kereta anda, berdasarkan segalanya, seperti Pokemon atau gambar anak anda, sama seperti cara orang boleh menempah kasut mereka hari ini, kata Naib Presiden Korporat Nissan Motor Co Kent O’Hara, yang menyelia perniagaan selepas jualan, hari ini.

O’Hara meramalkan usaha divisyennya dalam kesalinghubungan, aksesori dan personalisasi akan memberikan 25 peratus daripada pendapatan selepas jualan syarikat pada tahun 2022, apabila ia adalah kecil sekarang.

Kemajuan dalam bidang sedemikian sudah semakin meningkat dalam industri, dan Nissan berharap dapat mendahului pesaingnya.

Kent O’Hara selepas mesyuarat di ibu pejabatnya di Yokohama, berhampiran Tokyo, pada 29 November. – AP
Kent O’Hara selepas mesyuarat di ibu pejabatnya di Yokohama, berhampiran Tokyo, pada 29 November. – AP

“Nissan mahu meningkat lebih maju lagi,” beritahu O’Hara kepada wartawan di ibu pejabat di Yokohama, barat daya Tokyo.

Peranti untuk menghubungkan kereta dengan jaringan akan ditawarkan kepada para peniaga, terlebih dahulu di Jepun dan India, kemudian ia akan dikembangkan ke negara lain sehingga tahun 2020, kata beliau, dengan menekankan keperluan sedemikian adalah perkara besar dalam pasaran membangun, serta di Amerika Syarikat dan Eropah.

Kereta yang dihubungkan akan membenarkan keperluan servis kenderaan diawasi dengan ketat supaya pengguna boleh mendapatkan alat ganti daripada peniaga mereka lebih awal, kata O’Hara.

Walaupun hiper-personalisasi nampaknya menentang tindakan terbaru untuk menjauhi pemilikan, seperti perkongsian kereta, O’Hara berkata kenderaan yang ditempah akan diteruskan, tidak mengambil kira sama ada mereka dimiliki atau dikongsi. – AP

ARTIKEL YANG SAMA