Nissan Almera jadi milik Syafie

Nissan Almera jadi milik Syafie

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Awang Nur Muhd Syafie bin Haji Adnawi yang berumur 14 tahun hari ini membawa pulang sebuah kereta Nissan Almera, sementara Awang Ruel Escote Postrado yang berusia 49 tahun turut membawa balik sebuah kereta Volkswagen Vento, setelah kedua-dua mereka memenangi hadiah utama dalam promosi Cabutan Mi Sedaap “Amazing Reward.”

Kemenangan Awang Syafie itu diraih setelah berjaya memilih kunci yang tepat bagi menghidupkan enjin kereta dalam cabutan sesi pertama untuk memenangi sebuah kereta Nissan Almera.

Syafie yang belajar di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien selaku peserta terakhir daripada lima peserta, berjaya menghidupkan kereta Nissan Almera dengan disaksikan oleh 300 peserta lainnya yang berada di Hua Ho Mall Manggis.

Menurut Awang Syafie, beliau sangat gembira atas kemenangan itu. Bagaimanapun katanya, kereta tersebut akan diberikan kepada ayah dan ibu kerana beliau masih muda untuk memandu.

Ayah Awang Syafie, Haji Adnawi pula berkata bahawa, kereta tersebut akan digunakan untuk adik beradik beliau yang sedang bersekolah dan bekerja bagi memudahkan lagi perjalanan ke destinasi mereka.

Awang Nur Muhd Syafie bergambar bersama kereta Nissan Almera yang dimenanginya.
Awang Nur Muhd Syafie bergambar bersama kereta Nissan Almera yang dimenanginya.
Ruel Escote Postrado menerima replika kunci daripada Puan Yang Terutama Nurul Qomar.
Ruel Escote Postrado menerima replika kunci daripada Puan Yang Terutama Nurul Qomar.

“Alhamdulillah, Syafie membawa tuah dan ia adalah rezeki keluarga kami untuk memenangi sebuah kereta sebagai hadiah yang lumayan.”

Sementara itu, Ruel Escote Postrado berasal dari Filipina selaku pemenang utama yang memenangi Volkswagen Vento juga merasa bertuah kerana beliau memang peminat Mi Sedaap.

Ruel selaku peserta ketiga daripada lima peserta lainnya turut bernasib baik setelah menghidupkan enjin kereta Vento di depan khalayak ramai dalam cabutan sesi kedua untuk memenangi Volkswagen Vento. Dengan menghidupkan kereta itu Ruel menjadi pemenang sebuah kereta Volkswagen Vento.

Para pemenang promosi Cabutan Mi Sedaap “Amazing Reward” bergambar ramai.
Para pemenang promosi Cabutan Mi Sedaap “Amazing Reward” bergambar ramai.

“Saya hanya membeli Mi Sedaap dengan harga $1.45 dan tidak semena-mena memenangi sebuah kereta Volkswagen Vento yang berharga lebih daripada yang dijangka, walaupun kereta ini milik saya, tetapi saya tidak pandai memandu dan kereta ini akan digunakan oleh anak saudara lelaki saya yang berada di negara ini juga untuk kegunaan sehariannya”.

Sementara itu, pemenang sagu hati dari tempat pertama hingga ke lapan menerima hadiah gajet terkini termasuk iPhone 6, Samsung Galaxy Edge 6 dan Macbook Air. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Duta Besar Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar. Menurut Pengarah Jualan Malar Setia, Eric Lim promosi ini telah berjalan dari 15 April hingga 15 Julai lalu dan telah diadakan buat kali kelima.

“Ini adalah sebagai memberi penghargaan kepada orang ramai yang telah menyokong produk Mi Sedaap yang semakin popular di negara ini,” jelasnya.

ARTIKEL YANG SAMA