Nissan dakwa Korea S berkaitan skandal emisi

Nissan dakwa Korea S berkaitan skandal emisi

TOKYO, 27 Jun (AFP) – Pengeluar kereta Jepun Nissan berkata hari ini ia sedang membawa Korea selatan ke mahkamah dalam respon terhadap dakwaan Seoul mengatakan ia memanipulasi data pengeluaran ke atas kenderaan sports utility popular.

Nissan mendapati ia telah melabur banyak dalam teknologi kereta hijau – terutamanya kenderaan elektrik – dan akan “menyangkal” dakwaan Korea Selatan.

Nissan membayar denda 330 juta won yang diarahkan oleh kementerian alam sekitar Korea Selatan tetapi berkata ia pergi ke mahkamah untuk berusaha me-ngubah keputusan tersebut.

“Walaupun kami membayar denda yang diarahkan oleh MOE (Kementerian Alam Sekitar), kami telah memfail satu rayuan pentadbiran terhadap tindakan MOE,” kata Nissan.

Gambar fail yang diambil pada 22 Mei 2012 menunjukkan logo Nissan Infiniti pada kenderaan yang dipamerkan pada majlis perasmian di pejabatnya di Hong Kong. Pengeluar kereta Jepun Nissan berkata semalam ia sedang membawa Korea selatan ke mahkamah dalam respon terhadap dakwaan Seoul mengatakan ia memanipulasi data pengeluaran ke atas kenderaan sports utility popular. - AP
Gambar fail yang diambil pada 22 Mei 2012 menunjukkan logo Nissan Infiniti pada kenderaan yang dipamerkan pada majlis perasmian di pejabatnya di Hong Kong. Pengeluar kereta Jepun Nissan berkata semalam ia sedang membawa Korea selatan ke mahkamah dalam respon terhadap dakwaan Seoul mengatakan ia memanipulasi data pengeluaran ke atas kenderaan sports utility popular. – AP

Pada Mei, Korea Selatan berkata ia akan mendenda Nissan dan seterusnya meminta pendakwa negeri supaya menyiasat unit tempatannya selepas berkata ujian menunjukkan sistem keggaalan pengeluaran pada model Qashqai yang menjadikannya kelihatan kurang tercemar berbanding sebenarnya.

Keputusan itu menyusuli satu siasatan yang bermula pada Disember lalu selepas pengeluar kereta Jerman Volkswagen mengaku memasnag peranti yang bertujuan menipu ujian pengeluaran dalam 11 juta enjin diesel.

Kementerian juga mengharam penjualan kenderaan di Korea Selatan.

Pada April, sebuah lagi syarikat Jepun, Mitsubishi Motors mengaku ia telah memalsukan ujian menjimatkan minyak bertahun-tahun lamanya, memanipulasi data untuk menjadikan kereta nampak lebih efisien berbanding sebenarnya.