Nizami dihukum mati, Bangladesh tingkat keselamatan

Nizami dihukum mati, Bangladesh tingkat keselamatan

DHAKA, 10 Mei (AFP) – Polis Bangladesh mempertingkat keselamatan di penjara utama ibu negara Dhaka di mana pihak berkuasa dijangka menggantung pemimpin parti Islam terbesar negara atas jenayah perang hari ini.

Motiur Rahman Nizami, pemimpin parti Jamaat-e-Islami, mungkin digantung pada mala mini selepas mahkamah tertinggi negara menyiar keputusan muktamad yang menyokong arahan pelaksanaan hukuman matinya.

“Nizami kini akan ditanya sama ada dia akan mendapatkan pengampunan daripada presiden. Jika dia tidka mahu, kerajaan boleh melaksana hukuman mati pada bila-bila masa,” kata Peguam Negara Mahbubey Alam.

Peguam Nizami memberitahu AFP pada minggu lalu beliau tidak akan mendapatkan pengampunan kerana ia memerlukan beliau mengaku jenayah yang disabit termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merancang pembunuhan intelektual secular ketika perang kemerdekaan pada 1971.

Aktivis Bangladesh menjerit slogan semasa mereka mengambil bahagian dalam protes di Dhaka pada Ahad lalu, terhadap mogok yang dipanggil oleh Jamaat-e-Islami untuk menentang hukuman mati ke atas pemimpinnya Motiur Rahman Nizami. – AFP
Aktivis Bangladesh menjerit slogan semasa mereka mengambil bahagian dalam protes di Dhaka pada Ahad lalu, terhadap mogok yang dipanggil oleh Jamaat-e-Islami untuk menentang hukuman mati ke atas pemimpinnya Motiur Rahman Nizami. – AFP

Keselamatan telah dipertingkatkan di luar Penjara Dhaka, di mana Nizami dibawa semalam daripada sebuah penjara di luar ibu negara. Tiga pegawai kanan Jamaat dan seorang pemimpin pembangkang utama Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) telahpun dihukum mati sejak Disember 2013 atas jenayah perang meskipun menerima kritikan global berhubung perbicaraan mereka. Kesemua mereka dilaksana hukuman mati di penjara Dhaka.

“Polis tambahan telahpun dihantar di penjara,” beritahu Penolong Pesuruhjaya Polis Metropolitan Dhaka Mofizuddin Ahmed kepada AFP.

Pelaksanaan hukuman mati ke atas Nizami memburukkan lagi ketegangan di negara itu selepas beberapa siri pembunuhan aktivis sekular dan liberal dan golongan minoriti agama oleh militan Islam.

ARTIKEL YANG SAMA