Njie kuatkan jentera serangan HotSpurs

Njie kuatkan jentera serangan HotSpurs

LONDON, 16 Ogos (AFP) – Tottenham menandatangani kontrak bersama penyerang Cameroon, Clinton Njie dari kelab Perancis, Lyon, hari ini untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Roberto Soldado.

Njie dipikat Spurs dengan kontrak selama lima tahun. Pemain yang baharu menyambut hari lahir ke-22 menjadi pembelian keempat Spurs musim panas ini dan akan menambah kekuatan jentera serangan kelab dari London itu bersama penyerang muda England, Harry Kane.

Soldado bersetuju untuk berhijrah ke Villarreal, semalam manakala seorang lagi penyerang, Emmanuel Adebayor dijangka tidak diberikan kontrak lanjutan untuk musim depan.