NJP J4F FT sedia hadapi cabaran

NJP J4F FT sedia hadapi cabaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Salah sebuah pasukan veteran tempatan iaitu NJP J4F FT Veteran kini sedang giat berlatih bagi mengikuti Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan DST Kali Ke-7, 2016.

Menurut Pengurus NJP J4F FT Veteran, Mohd Najip bin Moktal, tahun ini akan menjadi kali keempat berturut-turut pasukannya menyertai kejohanan veteran tahunan berkenaan sejak menyertainya buat kali pertama pada 2013.

NJP J4F FT Veteran mempunyai sasaran untuk sekurang-kurangnya keluar dari peringkat kumpulan iaitu cuba mengulangi pencapaian terbaik yang berjaya mereka capai dua tahun lalu, dedahnya.

Sehubungan dengan itu, NJP J4F FT Veteran kini giat menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan tempatan ke arah memastikan setiap daripada 20 pemainnya bersedia daripada segi fizikal dan mental menjelang kejohanan anjuran Persatuan Bolasepak Veteran Brunei Darussalam (VFA) itu nanti. – Hasrulraizan

NJP J4F FT kini giat membuat persiapan bagi menyertai Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan DST Kali Ke-7, 2016.
NJP J4F FT kini giat membuat persiapan bagi menyertai Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan DST Kali Ke-7, 2016.