Nokia bakal hentikan pembuatan kamera VR, kurangkan pekerja

HELSINKI, 11 Okt – Nokia merancang untuk menghentikan pembuatan kamera realiti maya ‘OZO’ dan mengurangkan pekerja sehingga 310 orang, gergasi IT Finland mengumumkan kelmarin.

“Perkembangan pasaran VR yang lebih perlahan daripada jangkaan bermakna Nokia Technologies merancang untuk mengurangkan pelaburan dan memberi tumpuan lebih kepada peluang pelesenan teknologi,” kata Nokia dalam kenyataan akhbar.

Bahagian Teknologi dijangka menghentikan perkembangan versi lebih lanjut mengenai kamera OZO VR dan perkakasan, yang mengakibatkan pemotongan sehingga 310 pekerjaan, yang menyumbang hampir 30 peratus tenaga kerja di bahagian itu. Syarikat itu berkata bahawa pemotongan pekerjaan akan memberi kesan kepada pekerja terutamanya di Finland, Amerika Syarikat dan Britain.

Kamera OZO, kamera ‘stereoscopic’ 360 darjah, dikeluarkan pada bulan November 2015. Sejak itu, harga pasarannya telah menurun dari AS$60,000 menjadi AS$25,000.

Nokia berkata ia akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan digital dan perniagaan pelesenan dan paten jenama. – Xinhua

Nokia merancang untuk menghentikan pembuatan kamera realiti maya ‘OZO’ dan mengurangkan pekerja sehingga 310 orang. – AFP