Nokia catat keuntungan suku kedua AS$383 juta

Nokia catat keuntungan suku kedua AS$383 juta

HELSINKI, 30 Julai (Agensi) – Pembuat kelengkapan telekomunikasi dan tanpa wayar Nokia Corp. Mengatakan keuntungan bersih suku keduanya sebanyak 347 juta euro (AS$383 juta), dengan pertumbuhan kukuh dalam divisyen rangkaian terasnya.

Jualan keseluruhan meningkat 9 peratus kepada 3.2 bilion euro, dengan jualan tinggi perisian dan permintaan global bagi broadband mudah alih. Keuntungan bersih setahun sebelumnya adalah sebanyak 213 juta euro tetapi tidak secara terus dibandingkan disebabkan operasi dihentikan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rajeev Suri mengatakan hari ini bahawa ketiga-tiga sektor perniagaan syarikat Finland itu menunjukkan prestasi yang baik dan ia “dalam kedudukan yang baik untuk memberikan komitmen penuh setahun 2015.”

Nokia, yang mana tidak berupaya untuk bersaing dengan cabaran Apple, Samsung dan pembuat telefon Asia, telah melihat satu perubahan pada perniagaannya sejak menjual unit telefon bimbitnya kepada Microsoft untuk 5.4 bilion euro pada 2013.

ARTIKEL YANG SAMA