Nokia tekad kuasai semula pasaran

Nokia tekad kuasai semula pasaran

FRANKFURT/HELSINKI, 10 Ogos (Reuters) – Nokia mengupah pakar-pakar perisian, menguji produk baru dan mencari rakan jualan ketika ia merancang pengembalian kepada telefon bimbit dan arena teknologi pengguna yang ditinggalkannya dengan jualan perniagaan telefonnya.

Pernah menjadi pasaran telefon bimbit terbesar di dunia, firma Finland itu terperangkap dengan kebangkitan telefon pintar dan tenggelam oleh Apple dan Samsung. Jualan perniagaan telefonnya kepada Microsoft dalam lewat 2013 dan sejak itu betul-betul menumpu pada pembuatan peralatan rangkaian telekom.

Kini pengurus Nokia, Rajeev Suri merancang membuat kemunculan semula. Dia mesti menanti sehingga lewat 2016 sebelum dia boleh bercadang memasuki semula perniagaan telefon bimbit – selepas perjanjian tanpa saingan dengan Microsoft mansuh – tetapi persediaan sedang dilaksanakan.

Syarikat itu sudah pun memasuki pasaran pengguna, ia telah melancarkan tablet Android, N1, yang dijual di China pada bulan Januari dan beberapa hari lalu memperkenalkan ‘kamera realiti sebenar’ dengan mengumumkannya sebagai ‘kelahiran semula Nokia.”

Ia juga melancarkan semula aplikasi Android dipanggil Z Launcher, yang menyusun kandungan pada telefon pintar.

Pemandangan bahagian hadapan ibu pejabat Nokia di Espoo, Finland. – Reuters
Pemandangan bahagian hadapan ibu pejabat Nokia di Espoo, Finland. – Reuters

Sementara itu divisyen teknologinya telah mengiklankan pada Linkedin berbelas-belas pekerjaan di California, kebanyakannya dalam pemajuan produk, termasuklah jurutera Android yang pakar dalam mengendali perisian yang akan digunakan oleh peranti Nokia.

Nokia juga merancang memberhentikan kira-kia 70 orang dalam divisyen itu, menurut pengumuman bulan Mei lalu, tetapi sumber syarikat itu memberitahu Reuters bahawa bilangan itu telah menjadi separuh sejak itu.

Nokia sendiri tidak banyak mendedahkan tentang persiapannya, dengan menyatakan sebilangan kakitangan di divisyen teknologi yang mempunyai 600 orang pekerja sedang berusaha mereka produk pengguna baru, termasuklah telefon, dan juga dalam video digital dan kesihatan.

Tetapi tidak akan mudah, untuk kembali kepada kaitan, dalam perniagaan peranti yang kompetitif yang cepat berubah, yang mana Apple telah mengaut hampir 90 peratus keuntungan industri itu, begitu juga mewujudkan kedudukan dalam elektronik.

Satu ciri utama Nokia ialah hak pemilikan salah satu harta intelek terbesar industri telefon bimbit, termasuklah paten yang dikekalkannya selepas menjual perniagaan telefonnya. Ia tidak mahu membazirkan sumber seumpama itu, dikukuhkan oleh pelaburan berpuluh-puluh bilion euro dalam tempoh dua dekad lalu.

Ia juga mendapat suntikan bakat apabila ia menyelesaikan pemerolehan Alcatel-Lucent, dengan nilai 15.6 bilion euro yang diumumkan pada April lalu dalam bentuk Bell Labs – sebuah pusat penyelidikan yang ahli sainsnya telah meraih lapan hadiah Nobel.

ARTIKEL YANG SAMA