Nolita buktikan kemampuan

Nolita buktikan kemampuan

MADRID, 30 Mei – Pemain penyerang Celta Vigo, Nolito mengukuhkan kedudukannya bagi dimasukkan dalam skuad kendalian jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque bagi Euro 2016 dengan dua jaringan antarabangsa pertamanya dalam kemenangan perlawanan persahabatan 3-1 ke atas Bosnia dan Herzgovina di Saint Gallen, Switzerland, semalam.

Del Bosque menamakan pasukan percubaan tanpa pemain–pemain dari finalis Liga Juara–Juara, Rwal Madrid dan Atletico Madrid atau pasukan yang terlibat dalam perlawanan Piala domestik hujung minggu lalu, termasuk Barcelona dan Bayern Munich, selain dari pemain pertahanan, Barca, Marc Bartra.

Noltio dilibatkan dalam skuad 25 pemain sementara Del Bosque yang akan dikurangkan kepada 23 senarai esok selepas membawa Celta ke kelayakan Liga Europa dengan 12 gol musim ini.

Ia adalah satu kejutan besar jika bekas pemain dari Barcelona itu sekarang diketepikan dari skuad ketika dia menjaringkan gol melencong sebelum menewaskan penjaga gol Chelsea dari Bosnia, Asmir Begovic untuk menjadikan kedudukan 2-0 selepas hanya 18 minit perlawanan. Pemain pertahanan Hamburg, Emir Spahic mengurangkan defisit Bosnia apabila membuat tandukan dari sepakan sudut sebelum perlawanan memasuki sejam. Bagaimana pun, Spajic kemudian diarah meninggalkan padang sebelum berakhir separuh masa pertama apabila berbalah bersama Cesar Azpilicueta.

Setelah menamakan tiga pemain, di bahagian gawang, Sergio Asenjo, Hector Bellerin dari Arsenal dan pemain midfield Real Madrid, Marco Asensio dalam kesebelasan utamanya, Del Bosque menyerahkan lagi empat pemain muda bagi kemunculan antarabangsa mereka pada separuh masa kedua.

Bagaimana pun, ia adalah salah seorang pemain penyerang lama Chelsea, Pedro Rodriguez yang menambah gol ketiga pada masa penamat.

Sepanyol mempunyai dua perlawanan pemanasan persahabatan menentang Korea Selatan di Salzburg, Austria, pada Rabu dan Georgia di Madrid pada 7 Jun sebelum mereka mula mempertahankan Kejuaraan Eropah mereka menentang Republik Czech di Toulouse pada 13 Jun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA