Nolito sertai Man City

Nolito sertai Man City

MANCHESTER, United Kingdom, 1 Julai (AFP) – Penyerang kebangsaan Sepanyol, Nolito kini menyertai Manchester City dari kelab Celta Vigo, menurut kelab Liga Perdana itu hari ini.

Pemain berusia 29 tahun itu bersetuju bagi tempoh kontrak empat tahun dan menjadi pemain kedua yang didatangkan oleh pengurus baru Pep Guardiola selepas pemain tengah Jerman Ilkay Gundogan.

Ia merupakan kali kedua bagi dua individu itu bekerjasama selepas Barcelona pada 2011, sebelum Nolito menyertai Benfica.

“Pep Guardiola adalah salah satu pengurus terbaik di dunia,” Nolito memberitahu alam laman sesawang rasmi City. “Dia banyak tahu mengenai perlawanan ini dan dia akan membantu saya untuk meningkatkan diri sebagai seorang pemain dan saya pasti dia akan mendapat aksi yang terbaik daripada saya.

Manchester City telah sah mendapat-kan khidmat penyerang Sepanyol, Nolito. – AP
Manchester City telah sah mendapat-kan khidmat penyerang Sepanyol, Nolito. – AP

“Saya cuba untuk mempersembahkan sebaik yang mungkin. Saya akan melakukan apa sahaja yang pengurus ingin saya lakukan, cuba yang terbaik dan lakukan apa yang saya mampu untuk mengulangi aksi yang saya tunjukkan di sepanjang kerjaya saya di beberapa kelab.

“Ia hanya mengenai percubaan untuk bermain aksi biasa saya dan berharap saya akan dapat membantu Manchester City untuk memenangi perlawanan.”

Nolito, yang nama benarnya Manuel Agudo Duran dan yang telah diberi baju jersi nombor sembilan, memulakan aksi empat jadual perlawanan mewakili Sepanyol sebelum penyingkiran mereka dari Euro 2016.

Ketika tiga musimnya di Celta, dia telah menjaringkan 39 gol dalam 103 penampilan.