Nomura julang golf LPGA Swinging Skirts

Nomura julang golf LPGA Swinging Skirts

SAN FRANCISCO, 25 April – Pemain golf Jepun, Haru Nomura berjaya melakukan pukulan satu atas par 73 dalam keadaan sukar untuk memenangi kejohanan Jelajah LPGA Swinging Skirts bagi meraih kejuaraan kedua tahun ini.

Pemain berumur 23 tahun itu berjaya meningkatkan kelebihan pendahuluan tiga pukulan 54 lubang, apabila menamatkan saingan dengan sembilan bawah par 279 bagi memenangi kejohanan dengan kelebihan empat pukulan di depan pemain tempat kedua, Lee-Anne Pace dari Afrika Selatan.

Dia muncul pemain ketiga untuk mencatat rekod pelbagai kejayaan tahun ini, menyertai Jang Ha-Na dan Lydia Ko.

Nomura mencatat kejayaan pertamanya dalam Jelajah Amerika Syarikat pada Februari lalu apabila dimahkotakan kejuaraan Terbuka Australia Wanita.

Kejohanan itu yang berlangsung dalam cuaca berangin sehingga 60 kilometer sejam di Kelab Golf Lake Merced.

Haru Nomura yang menjulang kejohanan Jelajah LPGA Swinging Skirts. - AFP
Haru Nomura yang menjulang kejohanan Jelajah LPGA Swinging Skirts. – AFP

Ji Eun-Hee mencatatkan mata rendah pada pusingan itu, awal pagi tadi dengan dua bawah par 70 apabila 10 pemain lagi menamatkan pusingan dengan bawah par pada minggu ini, yang terendah dalam sebarang kejohanan tahun ini.

Tetapi Nomura melakukan tugas yang baik berbanding yang lain dalam menangani cuaca yang mengelirukan itu. Dia melakukan tiga bogey berturut-turut dengan mendahului satu pukulan.

Tetapi dia kemudian kembali bangkit dengan melakukan birdie di par tiga, lubang ke-12 untuk terus mendahului.

“Saya membuat pukulan dengan tepat dan ia 100 peratus masuk,” kata Nomura.

Pemain Jepun terakhir yang mencatat dua kemenangan dalam Jelajah LPGA adalah Ai Miyazato pada 2012. – AFP