Nor Ariffin buat kejutan

Nor Ariffin buat kejutan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Nor Ariffin bin Haji Tunjang dari Daerah Brunei Muara mengejutkan pesilat Daerah Temburong dengan kiraan 2-1 dalam acara Cakak Asli Lelaki Dewasa untuk melangkah ke peringkat separuh akhir semalam.

Dalam Pertandingan Pencak Silat Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-69 Tahun 2015 yang dibuka rasmi malam tadi itu melibatkan empat lagi perlawanan iaitu acara Kuntau dan empat acara Tanding.

Aksi kedua menyaksikan 16963 Korporal Abdul Rahman bin Haji Asli yang mewakili Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) berjaya mengalahkan pesilat Daerah Tutong, Awang Md Arrsayafaiq bin Hassan 2-1 dalam acara Kuntau Lelaki Dewasa untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Pertandingan di Dewan Serba guna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu menyaksikan Abdul Rahim bin Sofian (Belait), Pengiran Mohd Hassanal bin Pengiran Haji Amir (Brunei Muara), Adz Dzaariyat bin Ahmad (Belait) dan Md Syahiruddin bin Shahirulali (Tutong) melangkah ke peringkat akhir kelas masing-masing.

Nor Ariffin (kanan) mara ke separuh akhir Cakak Asli Lelaki Dewasa selepas menang 2-1 ke atas Omar Abdul Aziz semalam.
Nor Ariffin (kanan) mara ke separuh akhir Cakak Asli Lelaki Dewasa selepas menang 2-1 ke atas Omar Abdul Aziz semalam.

Abdul Rahim menang ke atas Amirul Azri bin Haji Ali Amzah (Tutong) dalam acara Tanding Kelas E Lelaki, sementara Pengiran Mohd Hassanal mengalahkan Md Faza Hafizhan bin Rosli (Tutong) dalam acara Tanding Kelas J Lelaki.

Adz Dzaariyat pula menewaskan Muhammad Nazrin bin Alias (Temburong) dalam acara Tanding Kelas I Lelaki, manakala Md Syahiruddin menundukkan Zainoreen bin Zaini (Belait) dalam acara Tanding Kelas B Lelaki.

ARTIKEL YANG SAMA