Nora Danish perkenal OWLbyN di BITC

Nora Danish perkenal OWLbyN di BITC

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Aziz Idris

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Kehadiran artis bertubuh cilik dan menawan dari Malaysia, Nora Danish memeriahkan lagi suasana Pameran Perdagangan dan Pelanggan Antarabangsa Brunei (BITC) sebagai sebahagian daripada program dalam Minggu Fesyen Islam Brunei di Dewan BRIDEX, Jerudong, hari ini.

Nora Danish berada di negara ini bagi mempromosikan barisan produk tudung selendang dan busana edaran OWLbyN yang merupakan salah satu daripada peserta dalam BIFASH.

Dalam kenyataannya, Nora Danish memberitahu ini merupakan penyertaan kali pertama OWLbyN dalam BIFASH dan menyatakan perasaan berbesar hati serta berterima kasih atas undangan MiaSuria ke acara kali ini.

“OWLbyN ditubuhkan dan bermula pada September 2015 dan kini mempunyai lebih 70 buah stokis di Malaysia dan Singapura dan setakat ini sudah mempunyai lima stokis di Brunei Darussalam,” ujarnya.

Menurutnya lagi, masa untuk menyertai BIFASH kali ini adalah yang terbaik bagi memperkenalkan produk OWLbyN dan padanya kedatangan ke negara ini kali ini sangat bermakna kerana buat kali pertama dapat bersua muka bersama stokis di sini.

pg12_160302_a

Nora Danish bersama pengunjung di BITC BIFASH hari ini.
Nora Danish bersama pengunjung di BITC BIFASH hari ini.

“Nora sangat gembira untuk berpeluang mengeratkan hubungan mesra dan kerjasama erat bersama wakil dan stokis OWLbyN di sini dan kali ini juga Nora sangat gembira untuk bertemu dengan pembeli serta peminat di Brunei Darussalam,” ujar Nora Danish lagi.

Mengulas mengenai produk OWLbyN, menurutnya terdapat lebih 20 rekaan dalam lima kategori termasuk shawl, instant shawl, printed shawl, jubah dan tunic dress serta menambah, sedikit masa lagi akan tampil dengan pakaian kasual dan baju kurung.

“Hasil OWLbyN direka dan dihasilkan menggunakan fabrik terbaik dengan kerjasama Jakel Shah Alam yang berperanan sebagai penasihat pemilihan fabrik dan setakat ini barangan OWLbyN hanya boleh didapati pada stokis yang sah sahaja,” tegasnya lagi

Nora Danish mengalu-alukan supaya peminat untuk mengunjungi instagram rasmi owlbyn dan melihat produk serta keluaran terkini di samping mendapatkan maklumat mengenai produk yang ada di pasaran.

Mengulas mengenai kelebihan produk OWLbyN pula, Nora Danish menekankan bahawa cetakan bunga yang digunakan kini ada 13 rekaan berbeza menggunakan fabrik yang boleh dibasuh serta halus bagi pemakaian yang selesa dan sejuk.

“Antara kriteria lain yang pada Nora adalah terbaik adalah kemasan eye­lash, ada yang berbau wangi, penggunaan fabrik perfume chiffon serta tampak eksklusif terutama printed shawl yang juga terdapat tanda tangan Nora,” ujarnya sambil tersenyum.

Antara ciri lain yang dinyatakan beliau kepada media adalah penggunaan fabrik lain seperti Italian crepe chiffon dan Italian cotton ­berkualiti tinggi serta tidak mudah kedut, malah setiap rekaan dilengkapi metal plate ‘owl’.

Petang tadi, Nora Danish berpeluang mengadakan sesi taklimat untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan OWLbyN selain memperkenalkan koleksi tudung bawal istimewa untuk pengunjung BIFASH dan peminat di Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA