Norafizah Ghani, Nur Zawani pemenang cabutan bertuah AF2015

Norafizah Ghani, Nur Zawani pemenang cabutan bertuah AF2015

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Dayang Norafizah binti Ghani dan Dayang Nur Zawani binti Manan masing-masing menerima hadiah utama tiket pergi dan balik ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan Konsert Live Final Akademi Fantasia 2015 setelah memenangi kuiz Cabutan Bertuah Akademi Fantasia (AF2015) yang bermula dari 10 Ogos hingga 27 September 2015.

Pemangku Pengurus Kanan Operasi Perniagaan Kristal Astro, Hajah Ani Nor Rashidah binti Pehin Dato Haji Zakaria telah menyempurnakan penyampaian hadiah di Ibu Pejabat DST di Tungku Link.

Konsert Grand Finale Akademi Fantasia musim 2015 akan diadakan secara langsung Ahad ini di Majlis Bandaraya Shah Alam, Kuala Lumpur dan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Kristal Astro, produk dan perkhidmatan, pelanggan boleh melayari laman web Kristal Astro di kristalastro.com, facebook rasmi DST, facebook.com/dstbn atau hubungi DSTCare 151.

Dayang Norafizah dan Dayang Nur Zawani bergambar bersama Hajah Ani Nor Rashidah di Ibu Pejabat DST.
Dayang Norafizah dan Dayang Nur Zawani bergambar bersama Hajah Ani Nor Rashidah di Ibu Pejabat DST.

ARTIKEL YANG SAMA