Norazian, Reynold juarai Ping Pong Terbuka

Norazian, Reynold juarai Ping Pong Terbuka

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Norazian bin Haji Yusuf dan Reynold@Daniell Chin dinobatkan sebagai juara di dalam Kejohanan Ping Pong Terbuka Antara Cawangan-cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei 2016 yang diadakan di Stadium Hassanal Bolkiah Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei Gadong, hari ini.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Bahagian Ping Pong Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MSPDB) itu menyaksikan Norazian bin Haji Yusuf berjaya menewaskan Pengiran Mohd Wa’ie Sufian bin Pengiran Haji Mohd Saffi di dalam kategori akhir pegawai terbuka, sementara Reynold@Daniell Chin pula berjaya menewaskan Mohd Solehin di dalam kategori akhir lelaki terbuka.

Hadir menyaksikan perlawanan tersebut seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang ialah Pemangku Pengarah Logistik Pasukan Polis Diraja Brunei, ACP Pengiran Mohd Jefri bin Haji Abdul Hamid.

ACP Pengiran Mohd Jefri Haji Abdul Hamid bergambar ramai bersama pemenang-pemenang Kejohanan Ping Pong Antara Cawangan-cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei bagi Tahun 2016.
ACP Pengiran Mohd Jefri Haji Abdul Hamid bergambar ramai bersama pemenang-pemenang Kejohanan Ping Pong Antara Cawangan-cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei bagi Tahun 2016.