Norway hukum pesalah ‘amat berbahaya’

Norway hukum pesalah ‘amat berbahaya’

OSLO, 20 April (AFP) – Mahkamah Norway akan mengeluarkan keputusannya hari ini berhubung tindakan mahkamah yang dibawa oleh pembunuh beramai-ramai Anders Behring Breivik berhubung apa yang menurutnya keadaan penjaranya yang ‘tidak berperikemanusiaan’ dalam kes yang menguji batas peraturan undang-undang.

Banduan Norway itu telah ditahan di unit penjara yang ketat kawalan keselamatannya sejak dia membunuh 77 orang dalam amukan bom dan senapang pada tahun 2011.

Pelampau berusia 37 tahun itu dalam sesi dengar tindakan undang-undangnya pada Mac lalu bahawa pengurungannya bersendirian mencabuli Konvensyen Eropah ke atas Hak Asasi Kemanusiaan.

Tetapi peguam-peguam negara telah mengatakan pengasingannya adalah perlu kerana Breivik ‘amat berbahaya’ dan mengatakan keadaannya – yang termasuklah konsol permainan, mesin senaman dan tiga sel boleh digunakannya bagi pelbagai kegiatannya – ‘cukup dalam had apa yang dibenarkan’ di bawah konvensyen Eropah.

Breivik sedang menjalani hukuman penjara maksimum 21 tahun yang boleh dilanjutkan jika dia masih dianggap berbahaya – kerana membunuh lapan orang dalam pengeboman di luar bangunan kerajaan di Osol dan kemudian menembak mati 69 orang lagi, kebanyakannya remaja, di perkhemahan Labour Youth di pulau Utoya pada 22 Julai 2011.

Menyamar sebagai pegawai polis, dia telah menghabiskan masa sejam untuk memburu hampir 600 orang belia yang terperangkap di pulau kecil.

ARTIKEL YANG SAMA