Norwich bukan lagi lawan mudah Manchester United

Norwich bukan lagi lawan mudah Manchester United

MANCHESTER, 18 Dis (AFP) – Pertemuan dengan Norwich di Old Trafford selalunya dianggap ‘aksi pemanas badan’ oleh Manchester United di mana The Red Devils mampu menang selesa dan memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya.

Sejak Ogos 1989, Norwich tidak pernah menang di Old Trafford dan tewas 4-0 pada ketiga-tiga kunjungan terakhir mereka ke laman keramat United itu.

Esok, Norwich akan bertandang lagi dengan kedudukan sebagai pasukan dalam zon penyingkiran. Sepatutnya situasi ini sama seperti sebelumnya. Namun bagi United, kunjungan Norwich kali ini tidak boleh dipandang remeh.

Tekanan semakin memuncak buat pasukan itu yang kini belum merakam kemenangan dalam lima perlawanan terakhir mereka.

Keputusan itu meletakkan United di tangga keempat Liga Perdana Inggeris dan tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara, menyebabkan kemampuan pengendalinya Luis van Gaal dipersoalkan.

Pemain Norwich, Wes Hoolahan berjabat tangan dengan pengurus mereka Alex Neil semasa digantikan ketika menentang Everton dalam aksi liga di Carrow Road, 12 Disember lalu. - Reuters
Pemain Norwich, Wes Hoolahan berjabat tangan dengan pengurus mereka Alex Neil semasa digantikan ketika menentang Everton dalam aksi liga di Carrow Road, 12 Disember lalu. – Reuters

“Kami sedar Disember sentiasa cukup sukar dengan jadual padat dan keletihan yang menanti, jadi kami perlu mengharunginya dengan menghasilkan keputusan yang baik,” kata penjaga gol David de Gea.

“Ia amat sengit dan banyak pasukan kuat bersaing untuk memanjat tangga liga dan berjuang memenangi kejuaraan.

“Saya harap kami akan sentiasa berada di atas sana dan kekal dalam persaingan merebut kejuaraan sehingga akhir musim.

“Itu yang kami semua mahukan, masuk ke bulan April pada posisi di mana kami boleh memenangi liga. Itu yang sedang kami usahakan untuk menjadikannya satu realiti.”

ARTIKEL YANG SAMA