Norwich kembali lagi ke EPL

Norwich kembali lagi ke EPL

LONDON, 26 Mei (AFP) – Norwich City berjaya memenangi promosi kembali ke persaingan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Middlesbrough dalam perlawanan play-off Kejuaraan semalam.

Pasukan Alex Neil mendahului dua gol dalam tempoh 15 minit di Wembley melalui jaringan Cameron Jerome dan Nathan Redmond, dan sudah cukup untuk segera menyelamatkan harapan kembali ke Liga Perdana hanya 12 bulan selepas tersingkir.

Promosi itu adalah bernilai 120 juta pound (AS$185 juta). Walaupun wang tunai penting untuk kemakmuran Norwich, tetapi hasrat untuk meraih tempat bersama pasukan seperti Chelsea dan Manchester United yang meningkatkan keraian pada wisel penamat adalah keutamaan mereka.

Memenangi promosi seperti itu juga menambahkan peningkatan reputasi Neil, 33, pengurus dari Scotland yang mula dibandingkan dengan bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson dan dilihat mempunyai sentuhan emas apabila tiba kepada persaingan play-off.

Neil membimbing Hamilton ke persaingan Liga Perdana Scotland menerusi play-off musim lalu, dan sekarang membimbing Norwich memenangi promosi dengan gaya sama selepas 17 kemenangan dalam 25 perlawanan sejak menggantikan Neil Adams yang dipecat.

Pemain Norwich meraikan trofi Kejohanan selepas menewaskan Middlesbrough semalam sekali gus mengembalikan mereka semula ke persada Liga Inggeris musim depan. – AFP
Pemain Norwich meraikan trofi Kejohanan selepas menewaskan Middlesbrough semalam sekali gus mengembalikan mereka semula ke persada Liga Inggeris musim depan. – AFP

“Kami bekerja keras untuk berada di sini dan saya percaya kami akan melakukannya, tetapi satu perkara mempercayainya dan satu lagi melakukannya. Pemain besar tiba di pentas besar dan anda melihatnya pada 20 minit pertama. Kami begitu luar biasa,” kata Nei.

Bas yang membawa pasukan Middlesbrough terperangkap dalam kesesakan lalu lintas percutian bank dalam laluan ke Wembley dan tiba lebih lewat daripada jangkaan.

Pemain Aitor Karanka dilihat tidak senang dengan gangguan dan keadaan berkenaan ternyata melemahkan mereka apabila sepakan lemah Dean Whitehead jatuh tepat kepada midfield Norwich, Bradley Johnson, yang lantas meledakkan rembatan kaki kiri tetapi bernasib baik hanya menggegarkan palang.

ARTIKEL YANG SAMA