Nostalgia ‘pertemuan semula’ bekas pemain Megastar

Nostalgia ‘pertemuan semula’ bekas pemain Megastar

Oleh Mohammad Abdullah

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Para pemain Kelab Bola Sepak Megastar yang dibubarkan pada tahun 2006 semalam berpeluang mengadakan ‘sesi pertemuan semula’ sambil menyertai perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak pengurusan DPMM FC di padang bola sepak Jerudong.

Menurut Pengurus Kelab Bola Sepak Megastar, Yusof Emrin, kelab yang ditubuhkan di Daerah Belait itu pada era kegemilangannya sering kali menyertai kejohanan bola sepak di daerah tersebut.

Ditubuhkan pada tahun 2000, ketika itu para pemain pasukan tersebut adalah terdiri daripada belia-belia berusia dari lingkungan usia 14 hingga 18 tahun.

Para pemain Pasukan Megastar bertemu semula selepas 10 tahun berpisah.
Para pemain Pasukan Megastar bertemu semula selepas 10 tahun berpisah.

Dari tahun 2000 sehinggalah 2006, Pasukan Megastar kerap mendominasi kejohanan-kejohanan bola sepak di Daerah Belait dan ia dibubarkan kerana kebanyakan pemain-pemain sudah bekerja dan berhijrah ke daerah lain.

Namun ketika era kegemilangannya, Pasukan Megastar telah mampu menghasilkan pemain-pemain berpotensi dan berbakat dengan ada di antara mereka yang diserapkan ke pasukan kebangsaan.

“Perlawanan persahabatan yang pertama kali ini memberi peluang pemain-pemain asal kelab Megastar bertemu semula di antara sesama mereka, sekali gus mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia terjalin,” jelas Yusof Emrin.

ARTIKEL YANG SAMA