Note 7 tidak dibenarkan dibawa masuk

Note 7 tidak dibenarkan dibawa masuk

SYDNEY, 16 Okt – Sistem penerbangan Australia dan New Zealand menegah Samsung Note 7 yang telah ditarik balik itu dari semua pesawat udara bermula hari ini dengan merujuk ‘risiko ia berpotensi terbakar’ selepas tegahan serupa dikenakan oleh para pegawai AS.

Samsung, pengeluar telefon pintar terbesar di dunia, telah menghentikan pengeluaran peranti bergerak terbaru yang menjadi kebanggaannya dan menarik balik semua telefon Note 7 dan penggantian ekoran laporan bateri yang meletup dan kebakaran.

“Tegahan itu adalah disebabkan kebimbangan berhubung risiko potensi kebakaran dari bateri telefon itu selepas sebilangan kejadian di seluruh dunia dan ekoran tegahan yang dikenakan oleh pihak pengawal atur di luar negara.” Qantas dan sistem penerbangan tambang murahnya Jetstar berkata dalam satu kenyataan lewat semalam.

“Tegahan itu berhubung peranti-peranti itu yang dibawa masuk ke dalam pesawat, dalam bagasi yang dipegang dan juga bagasi daftar masuk.”

Virgin Australia, Tigerair Australia dan Air New Zealand telah mengeluarkan pengumuman sama.

Virgin dan Air New Zealand ‘sekeras-kerasnya menasihatkan’ para penumpang supaya tidak membawa telefon Note 7 ke dalam lapangan terbang.

“Ia tidak dapat diterima bagi perjalanan dan tidak ada tempat simpanan yang ada untuknya di kawasan pendaftaran kami,” tambah Air New Zealand.

Para pegawai AS pada Jumaat lalu menegah semua Note 7 dari pesawat udara dan berkata sesiapa yang cuba membawanya bersama dalam penerbangan boleh dikenakan denda dan peranti-peranti itu dirampas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA