Novak, Nadal mara ke suku akhir

Novak, Nadal mara ke suku akhir

DOHA, 7 Jan – Novak Djokovic dan Rafael Nadal memastikan slot suku akhir Terbuka Qatar pada Rabu, untuk sekali gus menguatkan lagi jangkaan pertembungan kedua-duanya di final impian.

Tampil sebagai pilihan pertama, Djokovic mengetepikan wakil Sepanyol, Fernando Verdasco 6-2, 6-2, hanya dalam tempoh satu jam sembilan minit.

Laluan ke final kedua-dua pemain kini kian hampir ketika Nadal selaku pilihan kedua memastikan kemaraan selepas mengakhiri aksi 65 minit dengan kemenangan 6-3, 6-2 ke atas Robin Haase.

Djokovic kini seakan sudah mendapat semula prestasi terbaik seperti tahun lalu ketika beliau menang tiga daripada empat kejohanan utama.

“Sangat gembira dengan permulaan saya untuk musim ini,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Novak Djokovic ketika melakukan servis dalam perlawanan itu.
Novak Djokovic ketika melakukan servis dalam perlawanan itu.

“Sudah pasti perkara saya fikirkan adalah untuk buat lebih baik. Tetapi saya puas hati dengan cara saya bermain dalam dua perlawanan awal.”

Nadal mempamerkan aksi cemerlang dan langsung tidak menoleh ke belakang untuk mengecewakan lawannya dari Belanda itu.

“Gembira untuk mara ke pusingan seterusnya. Saya fikir saya bermain dalam perlawanan yang hebat,” kata Nadal. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA