Novak putus asa

Novak putus asa

SHANGHAI, 12 Okt – Novak Djokovic berkata dia sudah putus asa untuk mengejar rekod 17 gelaran Grand Slam yang dicatatkan Roger Federer ketika dia mencatatkan kemenangan kembali ke litar tenis semalam.

Djokovic, bekas pemain yang tidak dapat dikalahkan dari Serb menewaskan pesaing–pesaingnya sejak dua musim lalu, berkata dia telah melalui pemikiran semula yang radikal selepas kerja kerasnya sejak beberapa bulan kebelakangan.

Pemain itu, 29, berkata dia tidak lagi dapat melindungi rangking nombor satu dunianya, sekarang berada di bawah ancaman Andy Murray, sebagai keutamaannya, atau memecahkan rekod sepanjang masa Federer.

Pemenang Grand Slam 12 kali itu menewaskan Fabio Fognini 6-3, 6-3 dalam pertandingan Shanghai Masters dalam aksi kembali pertamanya selepas tidak beraksi dalam Terbuka China minggu lalu kerana kecederaan siku.

“Buat masa sekarang, tidak,” katanya, apabila ditanya jika mengatasi 17 gelaran utama Federer masih menjadi salah satu tujuannya. “Saya tidak memikirkannya sama sekali.”

Reaksi Djokovic ketika menentang Fabio Fognini semasa acara perseorangan di Shanghai Masters kelmarin. – AFP
Reaksi Djokovic ketika menentang Fabio Fognini semasa acara perseorangan di Shanghai Masters kelmarin. – AFP

“Saya tidak memikirkan mengenai sebarang trofi atau ranking nombor satu dunia. Ia adalah berbeza sama sekali.

“Ia ada di sana, kerana saya beraksi untuk menikmati kejayaan dan menyaksikan hasil dari kerja keras saya. Tetapi dari sudut lain ia adalah nombor dua.”

Djokovic merasa gentar sejak melengkapkan kerjaya Grand Slam- -dan memenangi empat gelaran utama berturut–turut di Terbuka Perancis pada Jun lalu.

Pemain dari Serb itu, yang mengakui mengalami ‘isu peribadi’, tewas pada pusingan ketiga Wimbledon, dan kemudian gagal untuk memenangi pertandingan di Olimpik Rio sebelum menamatkan tempat kedua di Terbuka AS. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA