NPCC S’pura erat hubungan

NPCC S’pura erat hubungan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei – Rombongan kira-kira 30 orang dari Kor Kadet Polis Kebangsaan (NPCC) Republik Singapura di Brunei, hari ini, bagi mengikuti Program Lawatan Sambil Belajar NPCC ke Pasukan Polis Diraja Brunei yang dikendalikan dengan usaha sama Jabatan Pendidikan Kokurikulum Negara Brunei Darussalam 2016.

Hadir bagi mengalu-alukan kedatangan rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, pagi tadi, ialah Pegawai Penguasa Pasukan Kadet Brunei, Inspektor Haji Khairol Azmi bin Haji Abdul Halim bersama pegawai-pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei dan Kementerian Pendidikan serta kadet-kadet Polis Diraja Brunei.

Ketua Kepimpinan dan Perkhidmatan Komuniti NPCC, Tan Kok Meng Paul semasa ditemui pihak Media Permata menyatakan, lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan antara Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Republik Singapura di samping berkongsi dan mempelajari budaya baru di negara ini.

Rombongan Singapura bergambar ramai semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, pagi kelmarin.
Rombongan Singapura bergambar ramai semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, pagi kelmarin.
Tan Kok Meng Paul semasa ditemu bual Media Permata.
Tan Kok Meng Paul semasa ditemu bual Media Permata.

Selain itu, menerusi interaksi langsung, kedua-dua belah pihak dapat bertukar pendapat dan belajar sesama mereka.

Program lawatan lima hari sehingga 27 Mei itu akan diisikan dengan aktiviti menarik seperti lawatan ke beberapa buah tempat termasuk Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas, Pusat Informasi Taman Arkeologi Kota Batu, Muzium Maritim, Muzium Teknologi Melayu, Muzium Polis Diraja Brunei, Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA