NTT Data Jepun beli unit Dell AS$3 bilion

NTT Data Jepun beli unit Dell AS$3 bilion

TOKYO, 28 Mac (AFP) – NTT Data Jepun mengatakan kelmarin ia bersetuju untuk membeli operasi perkhidmatan IT syarikat gergasi Dell sekitar AS$3 bilion dalam bidaan untuk memperkembangkannya di Amerika Utara.

Firma IT yang berpangkalan di Tokyo itu, sebuah unit bekas telefon yang dimonopoli NTT, Jepun, mengatakan ia akan turut menyerapkan sekitar 28,000 pekerja dalam pembelian tersebut, terutamanya dari Amerika Utara dan India, membawa jumlah tenaga kerja globalnya kepada lebih 100,000 orang.

“NTT Data akan memperkembangkan operasi kami di Amerika Utara yang juga bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan dengan teknologi canggih itu,” dalam simpanan cloud dan sektor lain, kata firma Jepun dalam satu kenyataan yang difailkan kepada Bursa Saham Tokyo.

Syarikat itu mengatakan operasi Dell amat kukuh terutamanya dalam sektor penjagaan kesihatan Amerika Syarikat.

Langkah itu muncul ketika firma-firma Jepun terburu-buru memperkembangkan syarikatnya ke luar negeri, ketika pasaran domestik dijangka mengecut akibat kadar kelahiran menurun dan tenaga kerja berkurangan, sementara bilangan warga emas semakin meningkat.

ARTIKEL YANG SAMA