Nur Haziq raih pingat emas Kejohanan Renang Brunei

Nur Haziq raih pingat emas Kejohanan Renang Brunei

Oleh Mohamad Asyramisyanie & Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Awang Nur Haziq bin Samil menempa sejarah peribadinya apabila berjaya meraih pingat emas di dalam Kejohanan Renang Brunei Darussalam yang pertama kali diadakan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Salambigar, hari ini.

Meskipun mendapat tentangan hebat daripada Dylan C. Chua dari kelab renang Dolphin, Awang Nur Haziq tetap terus memperbaiki masanya dengan mencatatkan 35.84s mengalahkan masa peribadinya.

Dylan pula akur di tempat kedua ketika berhadapan Nur Haziq yang mencatatkan kemenangan dalam Kuak Dada 50 meter meskipun tidak berjaya mengalahkan masa peribadinya pada 33.97s.

Sementara dalam acara bagi acara 50 meter kuak bebas 14 hingga 15 tahun, Awang Nur Haziq sekali lagi tampil sebagai juara dengan mencatat masa 26.03s, sekali gus memperbaiki catatan sebelum ini pada 26.76s.

Dalam acara 100 meter bagi 14 hingga 15 tahun pula, beliau sekali lagi beraksi hebat dengan memecahkan rekod peribadinya sebelum ini 1:20.81 dengan catatan masa 1:07.57.

Antara aksi para perenang ketika dalam kejohanan tersebut.
Antara aksi para perenang ketika dalam kejohanan tersebut.

Dua lagi ahli daripada kumpulan Awang Nur Haziq dalam Kelab Rekreasi Diraja Brunei iaitu Andra dan Ashley Chai hari ini mencacatkan kejayaan tersendiri dalam acara perempuan dengan catatan lima emas keseluruhannya.

Antara bahagian yang dimenangi mereka adalah acara 50 meter kuak kupu-kupu, 50 meter Kuak Lentang, 100 meter IM dan 50 meter Kuak dada serta satu lagi dalam acara Kuak Bebas 50 meter.

Kelab renang Dolphin yang menampilkan Alfred Law, Dylan C Chua, A’Ishah Khairul dan Jennifer Tan Ming Yi turut berjaya meraih emas di dalam bahagian campuran 4 x 50 meter dengan catatan masa 2:02.16.

Pasukan Micia pula di dalam kejohanan yang sama berjaya memendekkan rekod sebelum ini pada masa 31.72s kepada 29.91s bagi bahagian 14 hingga 15 tahun acara 50 meter kuak kupu-kupu dan memperbaiki masa dalam bahagian Kuak lentang 50 meter pada masa 31.28s berbanding 31.76s sebelum ini.

ARTIKEL YANG SAMA